Pergi ke kandungan

iPadOS 26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
iPadOS 26
Versi sistem pengendalian iPadOS
Maklumat umum
Jenis sistemIPadOS Sunting nilai ini di Wikidata
PembangunApple
Model sumberTertutup dengan komponen sumber terbuka
Ketersediaan am15 September 2025; 11 bulan yang lalu (2025-09-15)
Keluaran terkini26.6.1[1]  (17 Ogos 2026; 17 hari yang lalu (2026-08-17))
Tersedia dalam42 bahasa
Senarai bahasa
Bahasa Arab, Bulgaria, Catalan, Cina Ringkas, Cina Tradisional (Hong Kong), Cina Tradisional (Taiwan), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris (Australia), Inggeris (United Kingdom), Inggeris (Amerika Syarikat), Finland, Perancis (Kanada), Perancis (Perancis), Jerman, Yunani, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Lithuania, (Amerika Latin), Sepanyol (Sepanyol), Sweden, Thai, Turki, Ukraine, Vietnam
Sasaran pemasaraniPad
SloganWork. Flows.
Didahului olehiPadOS 18
Diganti olehiPadOS 27
Ciri teknikal
Antara muka
pengguna
lalai
Liquid Glass
Pautan berkaitan
Tapak webiPadOS 26 di Wayback Machine (diarkibkan Jun 7, 2026)
Status sokongan
Disokong
Rencana dalam siri ini
iOS 26
macOS Tahoe
visionOS 26
watchOS 26
tvOS 26
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

iPadOS 26 ialah keluaran utama ketujuh bagi sistem pengendalian iPadOS daripada Apple untuk iPad. Ia telah diumumkan di WWDC 2025 pada 9 Jun 2025, dan dikeluarkan pada 15 September 2025. Sebagai pengganti terus kepada iPadOS 18, ia diumumkan bersama-sama iOS 26, macOS 26, watchOS 26, visionOS 26, dan tvOS 26—yang kesemuanya memperkenalkan bahasa reka bentuk "Liquid Glass". Apple memajukan nombor versi kepada 26 sebagai sebahagian daripada peralihan kepada konvensyen penomboran versi berasaskan tahun di seluruh sistem pengendalian miliknya.[2]

Ciri baharu dan perubahan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

iPadOS 26 memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu yang dikenali sebagai Liquid Glass, menandakan perubahan reka bentuk utama yang pertama sejak iOS 7. Elemen antaramuka pengguna menampilkan pembiasan dan pantulan, serupa dengan visionOS.

Pelbagai tugas

[sunting | sunting sumber]

Sistem penetingkapan pilihan yang direka bentuk semula menggantikan ciri Split View dan Slide Over yang diperkenalkan dalam iOS 9,[3] mewujudkan pengalaman yang serupa dengan macOS. Saiz aplikasi boleh diubah secara bebas, dengan kawalan "lampu isyarat" mirip macOS yang membolehkan pengguna meminimumkan, menutup, atau menjadikan aplikasi dalam skrin penuh. Pilihan penyusunan tetingkap juga tersedia apabila menolak tetingkap ke tepi skrin atau menggunakan pilihan penyusunan baharu.

Sistem yang dikemas kini ini dikuasakan oleh enjin penetingkapan baharu yang mengoptimumkan pemaparan tetingkap dengan menganalisis tetingkap mana yang sedang digunakan secara aktif. Ini membolehkan sistem penetingkapan baharu ini berfungsi pada semua iPad yang menyokong iPadOS 26, di samping membenarkan lebih banyak tetingkap berada pada skrin pada satu-satu masa.[4]

Disebabkan telah diubah suai untuk menggunakan seni bina dalaman yang sama, Pengurus Peringkat yang sedia ada kini disokong pada semua iPad yang menjalankan iPadOS 26, berbanding hanya pada model iPad Pro berpemproses A12X, A12Z dan siri M, serta model iPad Air siri M yang menjalankan iPadOS 18.[5][6] Sistem penetingkapan ini sekali-sekala menunjukkan tingkah laku khusus untuk Pengurus Peringkat, di mana tetingkap mungkin meminimum secara tidak dijangka atau tidak boleh diakses apabila tetingkap lain dialihkan pada skrin. Memandangkan sistem tidak mengekalkan pengelompokan peringkat di luar Pengurus Peringkat, tetingkap yang terjejas tidak boleh dipulihkan secara kumpulan dan mesti dicari secara manual.

Bar menu bergaya macOS juga tersedia dengan menatal ke bawah pada bahagian atas skrin atau menolak penunjuk tetikus ke bahagian atas skrin.[7] Jika pengguna menggunakan aplikasi skrin penuh berbanding aplikasi dalam tetingkap atau Pengurus Peringkat, bar menu tidak akan muncul, begitu juga dengan pintasan yang muncul daripada versi iPadOS terdahulu.[8] Jika skrin luaran disambungkan dan diletakkan di atas skrin iPad, pengguna tidak boleh menolak penunjuk tetikus ke bahagian atas skrin, justeru memerlukan mereka menatal ke bawah atau menggunakan pintasan papan kekunci. Serupa dengan menu lain, pengguna boleh menaip untuk memilih elemen dalam bar menu, tetapi hanya pada skrin luaran. Kawalan lampu isyarat akan berpindah ke bar menu jika tetingkap berada dalam keadaan skrin penuh. Menukar antara keadaan tetingkap dan skrin penuh secara pantas pada monitor luaran akan menyebabkan kawalan lampu isyarat berganda dalam bar menu sehingga ia memenuhi bar tersebut dan sistem menetap semula (respring).

Secara lalai, sistem akan menambah kawasan selamat pada bahagian atas aplikasi warisan untuk bertindak sebagai bar tajuk dan pemegang kawalan lampu isyarat manakala aplikasi yang dikemas kini meluaskan antaramuka mereka terus ke sempadan atas tetingkap dengan kawalan lampu isyarat diletakkan sebaris. Apabila mengalihkan tetingkap ke bahagian atas skrin, kawasan selamat atasnya melebar bagi mengambil kira elemen sistem dan bar menu.[9] Sistem ini masih menyembunyikan bar menu pada skrin luaran apabila tetingkap diletakkan di belakangnya. Mematikan sistem penetingkapan juga menyebabkan aplikasi masih meninggalkan ruang tersimpan untuk kawalan lampu isyarat, yang tidak lagi tersedia. Dalam beberapa versi iPadOS 26, wujud ralat yang menyebabkan aplikasi tidak menampilkan ruang penimbal atas langsung, menyebabkan elemen sistem bertindih di atas kandungan aplikasi, termasuk dalam aplikasi milik Apple sendiri.

Dalam iPadOS 26.1, Apple memperkenalkan semula Slide Over ke dalam sistem penetingkapan. Tetingkap Slide Over boleh diubah saiz dan diletakkan di sepanjang titik tetap menegak yang ditetapkan di mana-mana bahagian tepi skrin, tetapi tidak boleh diletakkan di tengah skrin. Ia juga boleh ditolak ke tepi skrin untuk menyembunyikannya.[10] Ia boleh diakses melalui menu konteks kawalan lampu isyarat atau melalui bar menu. Tetingkap yang berada dalam Slide Over akan sentiasa terapung di atas tetingkap lain dan kekal melangkaui peringkat apabila Pengurus Peringkat diaktifkan. Ia ditandakan dengan plat belakang Liquid Glass yang melunjur melebihi sempadan tetingkap. Versi Slide Over ini tidak mempunyai penukar aplikasi bebas seperti versi terdahulu, jadi hanya satu tetingkap sahaja boleh berada dalam Slide Over pada satu-satu masa dan tetingkap Slide Over tidak lagi boleh ditutup dengan isyarat pad sentuh. Jika pengguna kembali ke Skrin Utama dan membuka tetingkap yang sebelum ini berada dalam Slide Over, ia akan kekal dalam Slide Over. Tetingkap boleh keluar daripada Slide Over apabila tetingkap lain memasukinya, meletakkan tetingkap dalam skrin penuh, menyeret dan menahannya ke tengah skrin atau kawalan lampu isyarat dan bar menu.[11]

Dalam iPadOS 26.2, Apple menambah isyarat baharu untuk mencipta persediaan penyusunan tetingkap dengan menyeret ikon aplikasi daripada dok ke mana-mana tepi luar skrin untuk menyusun kepada separuh saiz skrin, tengah skrin untuk membuka sebagai tetingkap atau pada tanda penunjuk yang muncul di sebelah kiri dan kanan skrin untuk meletakkan tetingkap dalam Slide Over.[12] Jika tetingkap lain berada dalam skrin penuh atau memenuhi bahagian atas dok, ia akan disusun semula untuk membolehkan tatahtanda susunan. Pengguna boleh meminimumkan satu aplikasi dan memaksimumkan aplikasi lain dengan menyeret bar pembahagi sepenuhnya, menyebabkan tetingkap yang diminimumkan dibuka dalam skrin penuh pada kali berikutnya ia dipanggil.[13] Penambahan ini secara umumnya dirujuk sebagai kepulangan Split View, bagaimanapun, Apple tidak merujuknya sedemikian kerana penyusunan tetingkap secara umumnya tidak selari dengan definisi Split View oleh Apple.[14]

Dalam iPadOS 26.4, Apple menambah garis luar kelabu di sekeliling tetingkap sekiranya Mod Gelap diaktifkan. Garis ini mengikut garis luar tetingkap secara tepat, yang memenuhi bucu semasa penyusunan, jadi garis luar akan melunjur ke dalam bucu bulat skrin yang terdapat pada kebanyakan model iPad. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak ditangani dalam 26.5.

Aplikasi Jurnal, yang sebelum ini hanya tersedia pada iOS, kini mempunyai versi khusus untuk iPadOS dan macOS, dengan versi iPadOS menyokong pen stilus Apple Pencil.[15]

Pratonton

[sunting | sunting sumber]

iPadOS 26 kini merangkumi aplikasi Pratonton, serupa dengan rakan sejawatnya di macOS, dengan sokongan Apple Pencil untuk ciri-ciri seperti penandaan.[16]

Rakaman Tempatan

[sunting | sunting sumber]

iPadOS kini boleh merakam strim video dan audio berkualiti tinggi secara berasingan semasa menggunakan aplikasi seperti persidangan video, yang boleh dikongsi atau digunakan dalam aplikasi penyuntingan buletin audio (podcast).[17] Tangkapan tempatan ini dikodkan sebagai fail MP4, menggunakan video HEVC dan audio FLAC.[18]

Peranti yang disokong

[sunting | sunting sumber]

iPadOS 26 memerlukan cip A12 atau lebih baharu. Ia menghentikan sokongan untuk iPad generasi ke-7, yang mempunyai SoC A10.[19][20]

iPad Air generasi ke-3 ialah satu-satunya iPad berukuran 10.5-inci yang disokong, manakala iPad Mini generasi ke-5 ialah satu-satunya iPad berukuran 7.9-inci yang disokong. Kedua-dua peranti ini, bersama-sama iPad gen ke-8, merupakan iPad disokong dengan bingkai putih yang menjalankan iPadOS 26.

Peranti lama tertentu mempunyai ciri yang terhad, seperti Spatial Scenes yang memerlukan cip Apple A14 atau lebih baharu.

iPad yang menyokong iPadOS 26 ialah:

Peranti disokong Set cip Tahun keluaran RAM Sokongan Apple Intelligence
iPad (generasi ke-8) A12 2020 3 GB Tidak
iPad (generasi ke-9) A13 2021 3 GB Tidak
iPad (generasi ke-10) A14 2022 4 GB Tidak
iPad (A16) A16 2025 6 GB Tidak
iPad Mini (generasi ke-5) A12 2019 3 GB Tidak
iPad Mini (generasi ke-6) A15 2021 4 GB Tidak
iPad Mini (A17 Pro) A17 Pro 2024 8 GB Ya
iPad Air (generasi ke-3) A12 2019 3 GB Tidak
iPad Air (generasi ke-4) A14 2020 4 GB Tidak
iPad Air (generasi ke-5) M1 2022 8 GB Ya
iPad Air (M2) M2 2024 8 GB Ya
iPad Air (M3) M3 2025 8 GB Ya
iPad Air (M4) M4 2026 12 GB Ya
iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-3)
iPad Pro 11-inci (generasi ke-1)
A12X 2018 4 GB atau 6 GB Tidak
iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-4)
iPad Pro 11-inci (generasi ke-2)
A12Z 2020 6 GB Tidak
iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-5)
iPad Pro 11-inci (generasi ke-3)
M1 2021 8 GB atau 16 GB Ya
iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-6)
iPad Pro 11-inci (generasi ke-4)
M2 2022 8 GB atau 16 GB Ya
iPad Pro (M4) M4 2024 8 GB atau 16 GB Ya
iPad Pro (M5) M5 2025 12 GB atau 16 GB Ya

Sejarah versi

[sunting | sunting sumber]

Beta pembangun pertama iPadOS 26 telah dikeluarkan pada 9 Jun 2025.

Keluaran iPadOS 26
Versi Bina Tarikh keluaran Nota
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.0 23A8330 Pra-pasang pada model iPad Pro (M5)
23A341 September 15, 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.0.1 23A355 September 29, 2025
23A8464 Oktober 15, 2025 Model iPad Pro (M5) sahaja
23A8466 Oktober 21, 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.1 23B85 November 3, 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.2 23C55 Disember 12, 2025
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.2.1 23C71 Januari 26, 2026 Sokongan untuk AirTag 2
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.3 23D127 Februari 11, 2026
23D8128 Pra-pasang pada model iPad Air (M4)
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.3.1 23D8133 Mac 4, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.3.1 (a) 23D771330a Mac 17, 2026 Penambahbaikan Keselamatan Latar Belakang
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.4 23E246 Mac 24, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.4.1 23E254 April 8, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.4.2 23E261 April 22, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.5 23F77 Mei 11, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.5.2 23F84 Jun 29, 2026
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 26.6 23G71 Julai 27, 2026
Versi stabil terkini: 26.6.1 23G83 Ogos 17, 2026
Petunjuk:
Versi lama
Versi lama, masih diselenggara
Versi terkini
Versi pralihat terkini
Kemaskini akan datang
  1. Clover, Juli (Ogos 17, 2026). "Apple Releases iOS 26.6.1, macOS 26.6.2, and More". MacRumors. Dicapai pada Ogos 17, 2026.
  2. "There's No Apple iOS 19: iPhone 17 To Have iOS 26 In Radical Change, Report Claims". Forbes. Mei 30, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 1, 2025. Dicapai pada Jun 2, 2025.
  3. Christoffel, Ryan (Jun 9, 2025). "PSA: iPadOS 26 removes Split View and Slide Over multitasking features". 9to5Mac (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 9, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  4. "Interview: Craig Federighi Opens Up About iPadOS, Its Multitasking Journey, and the iPad's Essence" (dalam bahasa Inggeris). Jun 18, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 20, 2025. Dicapai pada Jun 21, 2025.
  5. "Move, resize, and organize windows with Stage Manager on iPad". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Ogos 19, 2026.
  6. "iOS 26: All the Little Changes". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Jun 9, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  7. Pierce, David (Jun 9, 2025). "Apple launches iPadOS 26 with a new look and way better multitasking". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  8. "Use the menu bar on iPad". Apple Support. Apple Inc. Dicapai pada Mei 26, 2026.
  9. "Elevate the design of your iPad app". Apple Developer. Apple Inc. Dicapai pada Mei 26, 2026.
  10. "About iPadOS 26 Updates - iPadOS 26.1". Apple Support. Apple Inc. Dicapai pada Mei 26, 2026.
  11. Clover, Juli (November 4, 2025). "Thank goodness Slide Over is back in iPadOS 26.1". Cult of Mac (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Mei 26, 2026.
  12. Clover, Juli (Disember 12, 2025). "Apple Releases iPadOS 26.2 With Multitasking Improvements". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Mei 26, 2026.
  13. "Multitask on iPad with iPadOS 26". Apple Support. Apple Inc. Dicapai pada Mei 26, 2026.
  14. "Split views". Apple Developer. Apple Inc. Dicapai pada Mei 26, 2026.
  15. "Journal App Finally Coming to Mac and iPad". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Jun 9, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  16. "Apple is bringing Preview to iPadOS". Engadget (dalam bahasa Inggeris). Jun 9, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 9, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  17. "How Local Capture immediately turns iPad into a podcasting studio". AppleInsider (dalam bahasa Inggeris). Jun 10, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 18, 2025. Dicapai pada Jun 21, 2025.
  18. "A few notes on iPadOS 26 audio and video capture". Six Colors (dalam bahasa Inggeris). Jun 20, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 21, 2025. Dicapai pada Jun 21, 2025.
  19. Cunningham, Andrew (Jun 9, 2025). "Apple drops support for just three iPhone and iPad models from iOS and iPadOS 26". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 9, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.
  20. "iOS 26, iPadOS 26 Are Compatible With These iPhone and iPad Models". Gadgets 360 (dalam bahasa Inggeris). Jun 10, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2025. Dicapai pada Jun 10, 2025.

Templat:IOS