iPadOS
| iPadOS | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis sistem | IOS (mul) |
| Keluarga sistem | Seakan-Unix, berasaskan Darwin (BSD), iOS, macOS |
| Pembangun | Apple |
| Ditulis dalam | C, C++, Objective-C, Swift, bahasa perhimpunan |
| Keadaan kerja | Semasa |
| Model sumber | Tertutup dengan komponen sumber terbuka |
| Keluaran awal | 24 September 2019[1] |
| Keluaran terkini | 26.6.1[2] (17 Ogos 2026) |
| Tersedia dalam | |
| Sasaran pemasaran | Komputer tablet |
| Didahului oleh | iOS |
| Ciri teknikal | |
| Kaedah pengemaskinian | Melalui udara, iTunes, Finder |
| Pengurus pakej | App Store (mul) |
| Pelantar | |
| Jenis inti | Hibrid (XNU) |
| Antara muka pengguna lalai | Cocoa Touch (sentuhan berbilang, GUI) |
| Lesen | Perisian proprietari kecuali untuk komponen sumber terbuka |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | apple.com/os/ipados |
| Rencana dalam siri ini | |
| Sejarah versi iPadOS | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
iPadOS ialah sistem pengendalian mudah alih proprietari yang dicipta dan dibangunkan oleh Apple untuk rangkaian komputer tablet iPad miliknya. Ia telah diberikan nama yang berbeza daripada iOS, iaitu sistem pengendalian yang digunakan oleh iPhone Apple, bagi mencerminkan ciri-ciri kedua-dua rangkaian produk yang semakin berbeza, seperti pelbagai tugas. Sistem pengendalian ini telah diperkenalkan sebagai iPadOS 13, yang mencerminkan statusnya sebagai pengganti kepada iOS 12 untuk iPad, dan dikeluarkan buat kali pertama kepada awam pada 24 September 2019.[7] Versi-versi utama iPadOS dikeluarkan secara tahunan; versi stabil semasa, iPadOS 26.6.1, telah dikeluarkan kepada awam pada 17 Ogos 2026.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]iPad pertama telah diperkenalkan pada 3 April 2010, dan menjalankan iPhone OS 3.2, yang menambah sokongan untuk peranti yang lebih besar pada sistem pengendalian tersebut, yang mana sebelum ini hanya digunakan pada iPhone dan rakan sejawatnya yang lebih kecil, iPod touch. Sistem pengendalian berkongsi ini telah dijenamakan semula sebagai iOS dengan keluaran iOS 4[8] pada Jun 2010.
Sistem pengendalian ini pada mulanya mempunyai pariti ciri asas apabila dijalankan pada iPhone, iPod Touch, dan iPad, dengan variasi pada antaramuka pengguna bergantung pada saiz skrin, serta perbezaan kecil dalam pemilihan aplikasi yang disertakan.[9] Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, varian iOS untuk iPad menggabungkan sekumpulan ciri membeza yang semakin berkembang, seperti gambar dalam gambar, kebolehan untuk memaparkan beberapa aplikasi yang sedang berjalan secara pelbagai tugas, (kedua-duanya diperkenalkan dengan iOS 9 pada 2015), seret dan lepas, dan dok yang menyerupai dok daripada macOS berbanding pada iPhone (ditambah pada 2017 dengan iOS 11). Aplikasi iPad standard semakin direka bentuk untuk menyokong penggunaan papan kekunci fizikal secara pilihan.
Bagi menekankan set ciri berbeza yang tersedia pada iPad, dan untuk menandakan niat mereka untuk membangunkan platform tersebut ke arah yang berbeza, di Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC) 2019, Apple mengumumkan bahawa varian iOS yang berjalan pada iPad akan dijenamakan semula sebagai "iPadOS". Strategi penamaan baharu ini bermula dengan iPadOS 13.1, pada tahun 2019.[7]
Pada 22 Jun 2020, di WWDC 2020, Apple mengumumkan iPadOS 14, dengan reka bentuk padat untuk carian, Siri, dan panggilan, reka bentuk aplikasi yang ditambah baik, pengecam tulisan tangan, ciri AR yang lebih baik, perlindungan privasi yang dipertingkat, dan widget aplikasi.[10] iPadOS 14 telah dikeluarkan kepada awam pada 16 September 2020.
Pada 7 Jun 2021, di WWDC 2021, iPadOS 15 telah diumumkan dengan widget pada Skrin Utama dan Pustaka Aplikasi, ciri yang sama yang hadir pada iPhone dengan iOS 14 pada tahun 2020. Kemas kini ini juga membawakan ukuran privasi yang lebih ketat dengan Safari seperti penyekatan Alamat IP supaya laman web lain tidak dapat melihatnya. iPadOS 15 telah dikeluarkan kepada awam pada 20 September 2021.
Pada 6 Jun 2022, di WWDC 2022, iPadOS 16 telah diumumkan dengan aplikasi Cuaca[11] dan Pengurus Peringkat,[12] bersama-sama kebanyakan ciri yang disertakan dalam iOS 16, tidak termasuk skrin kunci yang boleh disesuaikan.[13]
Pada 5 Jun 2023, di WWDC 2023, Apple mengumumkan iPadOS 17 dengan sokongan untuk widget bagi skrin kunci, ciri yang asalnya dilancarkan dengan iOS 16, bersama-sama majoriti ciri yang diumumkan disertakan dalam iOS 17. Di samping itu, iPadOS 17 kini merangkumi aplikasi Apple Kesihatan.[14]
Pada 10 Jun 2024, di WWDC 2024, Apple mengumumkan iPadOS 18.[15]
Pada 9 Jun 2025, di WWDC 2025, Apple mengumumkan iPadOS 26.[16]
Pada 8 Jun 2026, di WWDC 2026, Apple mengumumkan iPadOS 27.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Banyak ciri iPadOS juga tersedia pada iOS; walau bagaimanapun, iPadOS mengandungi beberapa ciri dan aplikasi yang tidak tersedia dalam iOS dan tidak mempunyai beberapa ciri dan aplikasi yang tersedia dalam iOS.
iPadOS 13
[sunting | sunting sumber]iPadOS 14
[sunting | sunting sumber]Scribble
[sunting | sunting sumber]Diperkenalkan dalam iPadOS 14, Scribble menukarkan tulisan tangan oleh Apple Pencil kepada teks yang ditaip dalam kebanyakan medan teks.[17]
iPadOS 15
[sunting | sunting sumber]Widget
[sunting | sunting sumber]Bermula dengan iPadOS 15, widget boleh diletakkan pada skrin utama.[18]
Translate
[sunting | sunting sumber]Bermula dengan iPadOS 15, Translate tersedia. Ciri ini telah diumumkan pada 7 Jun 2021, di WWDC 2021. Terjemahan berfungsi dengan 11 bahasa.[perlu rujukan]
iPadOS 16
[sunting | sunting sumber]Cuaca
[sunting | sunting sumber]Bermula dengan iPadOS 16, aplikasi Cuaca telah ditambah pada iPad. Aplikasi tersebut sebelum ini hanya tersedia pada iPhone dan iPod Touch.[19] Ciri ini telah diumumkan pada 6 Jun 2022, di WWDC 2022.
Pengurus Peringkat
[sunting | sunting sumber]iPadOS 16 menambah ciri baharu yang dipanggil Pengurus Peringkat yang mengisih tetingkap mengikut aplikasi secara automatik.[20]
iPadOS 17
[sunting | sunting sumber]Skrin Kunci
[sunting | sunting sumber]iPadOS 17 membolehkan pengguna memperibadikan Skrin Kunci mereka dengan widget dan fon. Widget interaktif boleh diletakkan pada kedua-dua Skrin Kunci dan Skrin Utama untuk akses pantas kepada maklumat yang boleh disesuaikan, seperti cuaca dan peringatan.[21]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Pengenalan aplikasi Kesihatan pada iPad menyediakan lokasi pusat untuk melihat dan mengurus data kesihatan.
Mesej dan FaceTime
[sunting | sunting sumber]Ciri komunikasi baharu untuk Mesej dan FaceTime telah diperkenalkan, seperti mesej audio (seperti mel suara) jika panggilan tidak dijawab pada FaceTime, dan menggunakan Apple TV untuk panggilan FaceTime dengan iPad bertindak sebagai kamera. Mesej memperkenalkan gabungan penapis carian dan jenis kandungan apabila pengguna membuat carian melalui mesej, serta transkripsi untuk mesej audio.[22]
Kebolehaksesan
[sunting | sunting sumber]Ciri kebolehaksesan baharu seperti Jarak Skrin dan Kawalan Suara yang dipertingkat meluaskan pilihan kebolehgunaan untuk julat pengguna yang lebih luas.
Kemas kini aplikasi
[sunting | sunting sumber]Beberapa aplikasi teras menerima kemas kini, termasuk Foto, Safari, Nota, dan Peringatan, membawakan fungsi dan penambahbaikan baharu untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman iPad.[23]
iPadOS 18
[sunting | sunting sumber]iPadOS 18 memperkenalkan Apple Intelligence dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI). Pengguna boleh meletakkan aplikasi dan widget di mana-mana sahaja pada Skrin Utama, dan menetapkan penampilan bertema gelap atau berwarna untuk ikon aplikasi. Aplikasi Kalkulator untuk iPad telah diperkenalkan. Pusat Kawalan telah direka bentuk semula supaya boleh disesuaikan dengan butang, pintasan, dan fungsi yang boleh diubah saiznya. Pengguna boleh menetapkan aplikasi untuk dikunci atau disembunyikan; mengakses aplikasi sedemikian memerlukan kod laluan atau pengesahan biometrik.
iPadOS 26
[sunting | sunting sumber]iPadOS 26 mempunyai reka bentuk Kaca Cecair baharu, aplikasi baharu termasuk Telefon, Permainan, Jurnal dan Pratonton, dan sistem penetingkapan yang serupa dengan macOS untuk pelbagai tugas. Ikon fail juga lebih boleh disesuaikan.[24]
iPadOS 27
[sunting | sunting sumber]iPadOS 27 memperkenalkan Siri AI, di samping ciri baharu dan penambahbaikan kepada Apple Intelligence dan ciri keselamatan kanak-kanak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "iPadOS". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2019. Dicapai pada June 3, 2019.
- ↑ Clover, Juli (August 17, 2026). "Apple Releases iOS 26.6.1, macOS 26.6.2, and More". MacRumors. Dicapai pada August 17, 2026.
- ↑ "Apple – iPad Pro – Specs". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada January 4, 2019. Dicapai pada January 4, 2019.
- ↑ "Apple – iPad mini 4 – Specs". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2015. Dicapai pada October 24, 2015.
- ↑ "Apple – iPad Air 2 – Technical Specifications". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2015. Dicapai pada October 24, 2015.
- ↑ "Apple – iPhone XS – Technical Specifications". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada January 4, 2019. Dicapai pada January 4, 2019.
- 1 2 Jariwala, Abhishek (June 4, 2019). "Everything Announced at the Apple WWDC 2019 Conference: iPadOS, Mac Pro, iOS 13, MacOS Catalina and More". TrueTech. Diarkibkan daripada yang asal pada November 26, 2020.
- ↑ Tartakoff, Joseph (Jun 7, 2010). "Apple Avoids iPhone-Like Trademark Battle Thanks To Cisco, FaceTime Deals". paidContent. paidContent. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 11, 2011. Dicapai pada Februari 2, 2011.
- ↑ Dormehl, Luke (April 7, 2016). "Why the iPad has never shipped with a calculator app". Cult of Mac. Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2022. Dicapai pada May 3, 2020.
- ↑ "iPadOS 14 introduces new features designed specifically for iPad" (Siaran akhbar). Cupertino, California: Apple Inc. June 22, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2022. Dicapai pada September 29, 2020.
- ↑ Fathi, Sami (June 6, 2022). "iPad Finally Gains Weather App With iPadOS 16". MacRumors. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2022. Dicapai pada July 16, 2022.
- ↑ Baxter, Daryl (July 16, 2022). "iPadOS 16 Public Beta hands-on: Solving multitasking with an old solution". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2022. Dicapai pada July 16, 2022.
- ↑ Pierce, David (July 11, 2022). "iPadOS 16 Preview: Jack Of All Trades, Master Of Some". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2022. Dicapai pada July 16, 2022.
- ↑ "About iPadOS 17 Updates - Apple Support (IN)". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2025. Dicapai pada 2025-06-11.
- ↑ "The Top New Features in Apple's iOS 18 and iPadOS 18". Wired.com. September 16, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2024. Dicapai pada October 7, 2024.
- ↑ "iPadOS 26 introduces powerful new features that push iPad even further" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Apple. Dicapai pada 2025-06-11.
- ↑ "iPadOS 14 introduces new features designed specifically for iPad" (Siaran akhbar). Apple. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2020. Dicapai pada July 16, 2020.
- ↑ "iPadOS 15". Apple. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 17, 2021.
- ↑ Peters, Jay (2022-06-06). "Apple's Weather app is finally coming to iPad". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2025. Dicapai pada 2025-10-05.
- ↑ Potuck, Michael (2022-10-24). "Stage Manager on iPad: How it works in iPadOS 16 - 9to5Mac". 9to5Mac (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2025. Dicapai pada 2025-10-05.
- ↑ Schroeder, Stan (2023-06-30). "How to get the most of your iPad's Lock Screen in iPadOS 17". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2025. Dicapai pada 2025-10-05.
- ↑ "iOS 17 and iPadOS 17 Now Available With New Features and Accessibility Enhancements | AppleVis". www.applevis.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2025. Dicapai pada 2025-10-05.
- ↑ Clover, Juli (2023-09-15). "iOS 17 Notes and Reminders Features". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2023. Dicapai pada 2025-10-05.
- ↑ MacRumors Staff (June 26, 2026). "iPadOS 26: Everything We Know". MacRumors. Dicapai pada June 30, 2026.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Templat:IOS Templat:Sistem pengendalian Apple Inc. Templat:Penerbitan Darwin Templat:Seakan-Unix
