Pergi ke kandungan

Fiann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi gambaran cerita Fionn mac Cumhaill datang membantu fiann-nya oleh Stephen Reid.

Fiann (disebut [ˈfʲiən̪ˠ], jam. fianna disebut [ˈfʲiən̪ˠə]) ialah gerombolan pahlawan yang pernah wujud dalam pulau Ireland sebelum penjajahan British. Sebuah fiann dianggotai orang bernama fénnid terdiri dari bangsawan muda[1] yang cukup dewasa tidak lagi diasuh tetapi masih tidak boleh mewarisi harta tanah yang melayakkan masuk sebagai para anggota túath;[2] gegerombolan ini diketuai seorang rígfénnid.[3] Para cendekiawan telah mengusulkan kebarangkalian wujudnya fiann-fiann ini dari sejauh wujudnya masyarakat Indo-Eropah Purba.[2]

Para fénnid menyara diri di hutan berburu dan merompak harta selain berlatih seni membela diri, bersukan berjaga badan dan belajar bersajak.[4] History of Ireland nukilan Geoffrey Keating mengatakan bahawa para fénnid diberi tempat tinggal dan makan minum oleh para bangsawan sepanjang musim sejuk dengan syarat mereka menjual kulit bulu haiwan buruan mereka sebagai bayaran semasa musim panas sampai waktu Samhain.[5]

Istilah fiann diabadikan orang Ireland dalam kalangan pejuang kemerdekaan mereka menentang British seperti Persaudaraan Republikan Ireland dan Pasukan Relawan Ireland yang diberikan gelaran Inggeris fenian, sampailah ke parti-parti politik dalam negara Ireland yang merdeka seperti Fianna Fáil.

  1. ↑ Dáibhí Ó Cróinín, Early Medieval Ireland, Longman, 1995, p. 88
  2. 1 2 McCone, Kim. Pagan Past and Christian Present in Early Irish Literature. 1990. p205.
  3. ↑ Dictionary of the Irish Language, Compact Edition, Royal Irish Academy, 1990, m/s. 299, 507
  4. ↑ Nagy, Joseph (2006). "Fían". Dalam John T. Koch (penyunting). Celtic Culture: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 743–744.
  5. ↑ Geoffrey Keating, Foras Feasa ar Éirinn 2.45 Diarkibkan 2016-12-21 di Wayback Machine