Pergi ke kandungan

Falsafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Falsafah ((Jawi: ‏فلسفه‎‎), daripada bahasa Yunani Kuno philosophía, har. 'cinta akan kebijaksanaan') ialah kajian sistematik tentang persoalan umum dan asas berkaitan topik seperti kehidupan, pengetahuan, minda, pemikiran, bahasa dan nilai. Ianya merupakan satu bentuk pandangan yang rasional dan kritikal hasil daripada kaedah dan andainya sendiri.

Dari segi sejarah, banyak bidang sains tersendiri, seperti fizik dan psikologi, pernah menjadi sebahagian daripada falsafah. Walau bagaimanapun, bidang-bidang ini dianggap sebagai disiplin akademik yang berasingan menurut pengertian moden. Tradisi yang berpengaruh dalam sejarah falsafah termasuklah falsafah Barat, Arab–Parsi, India dan Cina. Falsafah Barat berasal dari Yunani Purba dan merangkumi pelbagai bidang kecil falsafah. Dalam falsafah Arab–Parsi, topik utama selalunya berkait dengan hubungan antara akal dengan wahyu. Falsafah India pula menggabungkan persoalan kerohanian tentang cara mencapai makrifat dengan penerokaan tentang hakikat realiti dan cara memperoleh pengetahuan. Falsafah Cina memberi tumpuan utama kepada isu praktikal mengenai tingkah laku sosial yang betul, pemerintahan dan pemupukan diri.

Cabang utama falsafah ialah epistemologi, etika, logik dan metafizik. Epistemologi mengkaji hakikat pengetahuan dan cara memperolehnya. Etika menyelidiki prinsip moral dan perkara yang membentuk tingkah laku yang betul. Logik ialah kajian tentang penaakulan yang betul dan terokai cara membezakan hujah yang baik daripada yang buruk. Metafizik meneliti ciri-ciri paling umum bagi realiti, kehidupan, objek dan sifat. Bidang lain termasuklah estetika, falsafah bahasa, falsafah minda, falsafah matematik, falsafah sains, falsafah agama, falsafah sejarah dan falsafah politik. Dalam setiap cabang, terdapat aliran falsafah yang bersaing dan mengetengahkan prinsip, teori atau kaedah yang berbeza.

Ahli falsafah menggunakan pelbagai kaedah untuk memperoleh pengetahuan falsafah. Kaedah ini termasuklah analisis konsep, pergantungan kepada akal waras dan intuisi, penggunaan uji kaji pemikiran, analisis bahasa biasa, huraian pengalaman dan penyoalan kritis. Banyak disiplin saintifik akademik mempunyai bidang dalam falsafah yang berkaitan, seperti falsafah fizik dan falsafah biologi, yang meneliti konsep asas, kaedah, andaian dan implikasi disiplin tersebut. Falsafah berkait rapat dengan banyak bidang lain dan turut menyumbang kepadanya, seperti undang-undang, perniagaan dan kewartawanan, dengan menyediakan perspektif antaradisiplin serta menangani persoalan etika dalam bidang-bidang tersebut.


Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkattan falsafah berasal daripada istilah Yunani Kuno, φιλοσοφία (philosophía), yang bermaksud 'cinta kepada kebijaksanaan', daripada perkataan φίλος (phílos, 'mencintai, kawan kepada'), dan σοφία (sophía, 'kebijaksanaan').[1][a] Beberapa rujukan menyatakan bahawa istilah tersebut dicipta dari ahli falsafah Pra-Sokrates, Pythagoras, tetapi ini tidak pasti.[3]

Perkataan ini dimasukkan dalam bahasa Inggeris terutamanya daripada Perancis Lama dan Bahasa Anglo-Norman bermula sekitar 1175 Masihi. Perkataan Perancis philosophie dirinya juga dipinjam daripada perkataan bahasa Latin, philosophia. Istilah falsafah memperoleh makna-makna yang berikut iaitu: "pengajian lanjut subjek-subjeck spekulatif (logik, etika, fizik, and metafizik)", "kebijaksanaan mendalam yang termasuk kecintaan kebenaran dan kehidupan bernilai murni", "ilmu yang mendalam sebagaimana disampaikan oleh para penulis purba", dan juga "pengajian mengenai pengetahuan, realiti, and kewujudan, dan batas-batas asas pemahaman manusia".[4]

Sebelum zaman moden, falsafah digunakan sebagai istilah yang pelbagai. Ia termasuk kebanyakan bentuk-bentuk penyiasatan rasionaliti, seperti sains-sains berindividu, sebagai subdisiplin-subdisiplinnya.[5] Sebagai contoh, falsafah alam merupakan satu cabang utama falsafah.[6] Cabang ini termasuk pelbagai bidang termasuk fizik, kimia dan biologi.[7] Contoh kepada penggunaan ini adalah dalam buku Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica daripada Isaac Newton pada tahun 1687. Tajuk buku ini merujuk kepada falsafah alam tetapi dikira sekarang sebagai buku fizik.[8]

Istilah falsafah berubah menjelang akhir zaman moden apabila ia memperoleh makna yang lebih tepat seperti yang biasa digunakan pada hari ini. Dalam istilah baharu ini, falsafah kebanyakan merujuk kepada cabang-cabang seperti metafizik, epistemologi dan etika. Antara topik lain, ia merangkumi kajian rasional mengenai realiti, pengetahuan, dan nilai. Ia berbeza daripada disiplin-disiplin pertanyaan rasional yang lain seperti sains empirikal dan matematik.[9]

Pengetahuan

[sunting | sunting sumber]

Secara tradisionalnya, istilah "falsafah" mengacu pada badan (atau ibu) dari segala pengetahuan.[10][11] Dalam pengertian ini, falsafah sangat erat kaitannya dengan agama, matematika, ilmu alam, pendidikan, dan politik. Sebagai contoh: "Prinsip Matematika Falsafah Alam" karya Isaac Newton pada zamannya tahun 1687 dikelaskan menggunakan istilah "falsafah alam" kerana istilah itu digunakan untuk mencakup disiplin ilmu yang kemudian dikaitkan dengan ilmu pengetahuan seperti astronomi, kedoktoran, dan fizik; namun pada tahun 2000-an ia dikelaskan khusus sebagai buku fizik.[12]

Pada zaman klasik, Falsafah secara tradisional dibahagi menjadi tiga cabang utama:

  • Falsafah alam ("fisika") adalah kajian tentang dunia yang ketara atau "fizikal" (physis, makna harfiah: alam);
  • Falsafah moral ("etika") adalah kajian tentang kebaikan, benar dan salah, keindahan, keadilan dan kebajikan (etos, makna harfiah: kebiasaan);
  • Falsafah metafizika ("logika") adalah kajian tentang eksistensi, sebab-akibat, Tuhan, logika, bentuk dan objek abstrak lainnya ("meta-physika" makna harfiah: "apa yang terjadi setelah fizik").[13]

Pembagian ini tidaklah usang tetapi telah berubah. Falsafah alam telah terbagi menjadi berbagai ilmu alam, terutama astronomi, fizik, kimia, biologi, dan kosmologi. Falsafah moral telah melahirkan ilmu-ilmu sosial, namun tetap mencakup teori nilai (termasuk estetika, etika, falsafah politik dan sebagainya). Falsafah metafizik telah melahirkan ilmu formal seperti logika, matematika dan falsafah sains, namun tetap mencakup epistemologi, kosmologi dan yang lainnya.

Berfalsafah

[sunting | sunting sumber]

Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:

  • Radikal
    Ini bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan, dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah.
  • Sistematik
    Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.
  • Sejagat
    Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.

Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab soalan "Apakah YYY?", seseorang itu tidak harus menjawab "YYY itu ZZZ kerana profesor T pernah mengatakannya", tetapi sebaliknya beliau harus menjawab soalan ini dengan jiwanya yang bebas secara "berfalsafah".

Persoalan falsafah

[sunting | sunting sumber]

Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia sangat memerlukan dan menuntut daya pemikiran yang bersungguh-sungguh.

Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan falsafah adalah seperti di bawah:

  • "Apakah itu kebenaran?"
  • "Apakah itu pemikiran?"
  • "Apakah itu ilmu pengetahuan?"
  • "Apakah itu cantik?"
  • "Apakah itu kehidupan?"

Bidang falsafah berupaya memberikan suatu nilai yang sangat tinggi di dalam kehidupan seharian seseorang namun berbalik kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang mempunyai nilai daya tuntas kefalsafahannya. Ini adalah kerana soalan yang baik menjanjikan jawapan yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu seperti "apakah kebenaran?, apakah ilmu pengetahuan?" sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia.

Kategori falsafah

[sunting | sunting sumber]

Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:

  • Metafizik
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi - nature" benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud?
  • Epistemologi
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh soalannya adalah seperti: Apa itu pengetahuan? Adakah ada pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu? Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?
  • Etika
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Contoh soalannya:Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Adakah nilai mutlak, atau perbandingan?Bagaimana seseorang itu harus hidup?
  • Logik
    Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.
  • Estetika
    Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Contoh soalannya: Apakah itu indah? Sebagai contoh, penulisan Kata-kata mutiara - Afronisme

Tradisi falsafah

[sunting | sunting sumber]
Socrates

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.

Perkataan "falsafah" dalam konteks akademik Amerika Inggeris mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abad ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana Barat menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.

Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi,antara falsafah Barat dan juga falsafah Timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang.

Falsafah Barat merupakan satu tradisi falsafah yang laku untuk kawasan Eropah, benua-benua Amerika Utara dan Selatan, dan juga di Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini. Falsafah Timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

Tradisi falsafah Timur

[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Falsafah Timur

Tradisi falsafah Barat

[sunting | sunting sumber]
Rencana Utama:Falsafah Barat

Sebagai suatu disiplin, sejarah falsafah bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci yang sistematik dan kronologi bagi konsep dan doktrin falsafah.[14] Beberapa ahli teori melihatnya sebagai sebahagian daripada sejarah intelek, namun ia juga menyiasat soalan yang tidak dirangkumi oleh sejarah intelek seperti sama ada teori ahli falsafah lepas adalah benar dan kekal relavan mengikut falsafah.[15] Sejarah falsafah terutamanya melibatkan teori yang berdasarkan pertanyaan rasional dan hujahan; beberapa sejarawan memahaminya dalam makna yang lebih longgar termasuk mitos, ajaran agama, dan peribudaya terkenal.[16]

Cabang teras

[sunting | sunting sumber]

Soalan falsafah boleh dikelompokkan kepada beberapa cabang. Pengelompokan ini membolehkan ahli falsafah menumpukan set perkara serupa dan berinteraksi dengan ahli fikir lain yang berminat dalam soalan yang sama. Epistemologi, etika, mantik, dan metafizik are kadangkala tersenarai sebagai cabang utama.[17] Terdapat banyak bidang kecil selain itu dan pembahagian berbeza tersebut tidak menyeluruh dan saling eksklusif. Contohnya, falsafah politik, etika dan estetika kadangkala terpaut di bawah tajuk umum teori nilai kerana ia menyiasat aspek normatif atau penilaian.[18] Lagi pula, pertanyaan falsafah kadangkala bertindih dengan disiplin lain dalam sains semula jadi dan sosial, agama dan matematik.[19]

Kaedah falsafah ialah cara untuk menjalankan penyelidikan falsafah. Kaedah ini merangkumi teknik dalam memperoleh pengetahuan dan mewajarkan dakwaan dalam falsafah, serta prinsip yang digunakan untuk memilih teori-teori yang bersaing.[20] Terdapat pelbagai jenis kaedah telah diterjemahkan sejak dari dahulu. Kebanyakannya amat berbeza daripada kaedah yang digunapakai oleh sains semula jadi kerana ianya tidak menggunakan data hasil eksperimen yang diperoleh melalui perkakasan pengujian.[21] Kaedah yang digunapakai seseorang lazimnya membawa implikasi penting terhadap cara teori falsafah itu dibina dan juga dijadikan sebagai hujah yang dikemukakan untuk menyokong atau menentangnya.[22] Pilihan ini sering dipandu oleh pertimbangan epistemologi mengenai perkara yang dianggap sebagai bukti falsafah.[23]

Perselisihan metodologi boleh mencetuskan konflik berkenaan teori-teori falsafah atau jawapan kepada persoalan berkaitan falsafah. Penemuan kaedah baharu sering membawa kesan penting kepada cara ahli falsafah mengendalikan penyelidikan serta dakwaan yang mereka akan pertahankan.[24] Sesetengah ahli falsafah menggunakan satu kaedah tertentu dalam menentukan teori-teori yang mereka bina. Manakala, terdapat ahli falsafah lain menggunakan pelbagai kaedah dan memilih kaedah yang paling sesuai dengan masalah yang mereka selidik.[25]

Rajah yang menunjukkan sebuah troli sedang menuju ke arah sekumpulan orang. Terdapat landasan lain yang hanya mempunyai seorang individu dan suis untuk menukar landasan.
Permasalahan troli ialah eksperimen tafsiran yang bertujuan untuk menafsir perbezaan moral di antara melakukan kemudaratan atau membiarkan kemudaratan itu berlaku. Isu ini diterokai dalam situasi rekaan di mana adakah seseorang itu sanggup mengorbankan seorang individu dengan mengubah haluan troli demi menyelamatkan sekumpulan individu yang lain.[26]

Analisis konsep merupakan kaedah yang lazim digunakan dalam falsafah analitik. Kaedah ini bertujuan untuk menjelaskan makna di sebalik konsep dengan menganalisanya kepada beberapa pecahan komponen[27]. Satu lagi kaedah yang sering digunakan dalam falsafah analitik ialah berasaskan akal waras. Kaedah ini memilih kepercayaan yang sudah diterima umum dan kemudian, cuba melakukan kesimpulan yang tidak terjangka daripada kepercayaan itu. Kaedah ini sering digunakan secara negatif untuk mengkritik teori falsafah yang terlalu menyimpang jauh daripada cara orang biasa melihat sesuatu isu.[28] Falsafah bahasa biasa sering menggunakan kaedah ini dengan cara menimbulkan persoalan tentang penggunaan bahasa biasa dalam berfalsafah[29].

Pelbagai kaedah dalam falsafah memberikan kepentingan khusus kepada intuisi, iaitu tanggapan bukan inferens tentang kebenaran dakwaan tertentu atau prinsip umum.[30] Contohnya, intuisi memainkan peranan penting dalam eksperimen tafsiran, yang menggunakan pemikiran faktual balas untuk menilai kemungkinan akibat daripada sesuatu situasi yang dibayangkan. Akibat yang dijangkakan ini kemudiannya boleh digunakan untuk mengesahkan atau menyangkal sesuatu teori falsafah.[31] Kaedah keseimbangan reflektif juga menggunakan intuisi. Kaedah ini berusaha membentuk pendirian yang koheren tentang sesuatu isu dengan meneliti semua kepercayaan dan intuisi yang berkaitan. Terdapat aspek yang biasanya perlu kurang diberikan penekanannya atau diolah semula supaya kaedah ini dapat mencapai perspektif yang koheren.[32]

Golongan pragmatis biasanya menekankan kepentingan kesan praktikal yang konkrit dalam menilai sama ada sesuatu teori falsafah itu betul.[33] Menurut prinsip pragmatik yang dirumuskan oleh Charles Sanders Peirce, seseorang individu yang mempunyai idea tentang sesuatu objek ialah satu-satunya akibat praktikal mereka kaitkan dengan objek itu secara keseluruhannya. Golongan pragmatis juga menggunakan kaedah ini untuk mendedahkan bahawa sesetengah perselisihan hanyalah secara lisan, dan menunjukkan bahawa ianya tidak memberi kesan ketara kepada sesuatu akibat.[34]

Ahli fenomenologi berusaha mendapatkan pengetahuan tentang dunia perawakan dan struktur pengalaman manusia. Mereka bertegas dalam mengamati pengalaman dari perspektif pandangan orang pertama dan mengetepikan pertimbangan teori tentang dunia luar. Teknik pemecahan fenomenologi ini dikenali sebagai "pengurungan" atau epoché. Matlamatnya adalah untuk memberikan hujahan yang tidak berat sebelah tentang perawakan sesuatu.[35]

Metodologi naturalisme memberikan penekanan yang lebih kepada pendekatan empirikal dan teori-teori yang terhasil daripada sains semula jadi. Pendekatan ini sangat berbeza dengan metodologi yang memberikan lebih perhatian kepada penaakulan tulen dan kaji diri.[36]

Aforisme falsafah

[sunting | sunting sumber]

Sepucuk surat yang tidak diketahui oleh banyak orang mungkin boleh membantu menyelesaikan, atau dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya mungkin berupaya untuk mengurangkan kontroversi tentang pandangan tentang fonetik bahasa di dalam falsafah.

Berikut petikan aforisme yang terkandung di dalam surat itu, dan telah ditulis kepada tokoh akedemik dan juga untuk ahli falsafah Bahasa Melayu Malaysia, bertarikh 7 Ogos 2021, Raja Muda telah menulis;

"Ilmu tanpa falsafah adalah pincang, falsafah tanpa ilmu adalah tempang"

"Sains tanpa falsafah adalah pincang, falsafah tanpa sains adalah tempang"

"Falsafah tanpa ilmu bahasa adalah pincang, ilmu bahasa tanpa falsafah adalah tempang."

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Perkataan Yunani Purba, philosophos ('ahli falsafah'), mungkin dipinjam daripada istilah Mesir Purba, mer-rekh (mr-rḫ) yang bermaksud 'pencinta kepada kebijaksanaan'.[2]
  1. ↑
  2. ↑
  3. ↑
  4. ↑
  5. ↑
  6. ↑
  7. ↑
  8. ↑
  9. ↑
  10. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "auto23"
  11. ↑ "Online Etymology Dictionary". etymonline.com.
  12. ↑ Lindberg 2007, m/s. 3.
  13. ↑ Kant, Immanuel (2012-05-21). Kant: Groundwork of the Metaphysics of Morals (ed. 2nd). Cambridge University Press. ISBN 9781107401068. Ancient Greek philosophy was divided into three branches of knowledge: natural science, ethics, and logic.
  14. ↑
  15. ↑
  16. ↑
  17. ↑
  18. ↑ Schroeder 2021, Lead Section: "In its broadest sense, 'value theory' is a catch-all label used to encompass all branches of moral philosophy, social and political philosophy, aesthetics, and sometimes feminist philosophy and the philosophy of religion – whatever areas of philosophy are deemed to encompass some 'evaluative' aspect.".
  19. ↑
  20. ↑
  21. ↑
  22. ↑
  23. ↑
  24. ↑
  25. ↑
  26. ↑
  27. ↑
  28. ↑
  29. ↑
  30. ↑
  31. ↑
  32. ↑
  33. ↑
  34. ↑
  35. ↑
  36. ↑

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Philosophy topics Templat:Humanities