Pergi ke kandungan

Euskadi Ta Askatasuna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada ETA)

Euskadi Ta Askatasuna (disingkatkan kepada ETA - "Kebebasan dan Tanah Air Basque") adalah sebuah organisasi puak pemisah bersenjata dari Negara Basque yang bertujuan memperoleh kemerdekaan daerah Basque dari kerajaan Sepanyol secara paksa.[1][2] Ia datang daripada sebuah pergerakan pelajar Ekin pada 31 Julai 1959, di mana ahli-ahlinya tidak berpuas hati dengan pendirian Parti Nasionalis Basque yang berfahaman sederhana.[3]

Sejak 1968, ETA telah membunuh lebih dari 800 orang, melukai ribuan orang dan telah menculik puluhan orang.[4][5][6] Kelompok ini telah dinyatakan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Sepanyol, pemerintah Perancis,[7] Kesatuan Eropah,[8] dan pemerintah Amerika Syarikat.[9] Sebanyak lebih 300 anggota kumpulan ini berada dalam kurungan penjara di Sepanyol, Perancis and beberapa negara yang lain.[10]

Pada 5 September 2010, kelompok ini kembali menyatakan sebuah gencatan senjata.[11][12][13][14][15][16] Pada 7 April 2017, ETA mengeluarkan suatu kenyataan bahawa mereka bersedia melucutkan senjata mereka dan membubarkan diri.[17]

Modus operandi

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini banyak menyasarkan kelompok tertentu seperti golongan tentera dan polis (baik yang aktif mahupun bersara),[18] orang bisnes.[19] ahli-ahli majlis dan parlimen tempatan, hakim dan pendakwa raya,[20] serta profesor-profesor universiti yang menyuarakan idea menentang separatisme bersenjata Basque secara terbuka.

Taktik-taktik yang dibuat terhadap mangsa oleh militan termasuklah:

  • Penembakan tepat[21][22]
  • Pengeboman (menggunakan bom kereta)
  • Penculikan
  • Perompakan (barang-barang seperti senjata, bahan letupan, kenderaan, mesin pembentuk plat lesen)
  • Peras ugut (sebagai "cukai revolusioner") dari individu terpilih baik dari Negara Basque atau mana-mana lokas lain di Sepanyol, orang Basque kadangkala juga disasarkan
  • Membuat ugutan melalui surat layang atau grafiti
  1. "What is the MNLV (4)"
  2. "What is the MNLV (3)"
  3. "ETA: from student group to Basque bombers". The Daily Telegraph. 20 October 2011. Dicapai pada 21 October 2011.
  4. CNN.com
  5. "Spanish Ministerio del Interior page; ETA has killed 823 people as of 08/19/08". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-15. Dicapai pada 2018-09-19.
  6. "Smithsonianmag.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-19. Dicapai pada 2018-09-19.
  7. (Perancis) French list of terrorist organizations, in the annex of Chapter XIV
  8. EU list of terrorist organizationsPDF (43.6 KiB) 29 May 2006
  9. "Foreign Terrorist Organizations (FTOs)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-24. Dicapai pada 2005-03-24.
  10. "Etxerat cifra en 373 el número de presos de ETA que cumplen condena en 70 cárceles". El Correo. 30 July 2016. Dicapai pada 4 January 2017.
  11. Spain's Eta 'declares ceasefire'
  12. "ETA umumkan gencatan senjata". BBC. 2010-09-05.
  13. "Separatis Basque Deklarasikan Gencatan Senjata". VOA. 2010-09-05.
  14. "ETA Umumkan Gencatan Senjata". Harian Analisis. 2010-09-05.[pautan mati kekal]
  15. "Separatis Basque ETA Umumkan Gencatan Senjata". Antara. 2010-09-05.
  16. "Lagi, ETA Deklarasikan Gencatan Senjata". Liputan 6. 2010-09-05.
  17. (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan. Jakarta: FISIP UIN Jakarta. 2017.
  18. Terrorist Group Profiles. DIANE Publishing. 1 August 1989. m/s. 37–. ISBN 978-1-56806-864-0. Dicapai pada 30 January 2011.
  19. ETA asesina a un empresario nacionalista · ELPAÍS.com. Elpais.com. Retrieved on 30 January 2011.
  20. "Spanish prosecutor shot dead". BBC News. 9 October 2000. Dicapai pada 27 March 2010.
  21. "European press review". BBC News. 25 May 2001. Dicapai pada 2 May 2010.
  22. Knewstub, Nikki (19 June 2005). "Eta to end attacks on elected politicians". The Guardian. London. Dicapai pada 2 May 2010.