Pergi ke kandungan

DisplayPort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
DisplayPort
Penyambung DisplayPort
Jenis Digital video/audio/data connector
Pereka bentuk VESA
Direka bentuk pada Mei 2006; 20 tahun yang lalu (2006-05)
Pekilang Pelbagai
Diasilkan pada 2008–kini
Digantikan pada DVI, VGA
Panjang Pelbagai
Hot plug Ya
Luaran Ya
Pin 20
Isyarat data Ya
Kadar bit
  • Laluan utama: 1.62, 2.7, 5.4, 8.1 atau 20 Gbit/s setiap laluan (1, 2 atau 4 laluan)
  • Saluran aux.: 2 atau 720 Mbit/s
Protokol Paket mikro
Susunan pin (pinout) dari pandangan penyambung sebelah sumber
Pin 1 Laluan utama 0 (+)
Pin 2 Bumi (Ground)
Pin 3 Laluan utama 0 (−)
Pin 4 Laluan utama 1 (+)
Pin 5 Bumi (Ground)
Pin 6 Laluan utama 1 (−)
Pin 7 Laluan utama 2 (+)
Pin 8 Bumi (Ground)
Pin 9 Laluan utama 2 (−)
Pin 10 Laluan utama 3 (+)
Pin 11 Bumi (Ground)
Pin 12 Laluan utama 3 (−)
Pin 13 Pengesan penyesuai kabel
Pin 14 Kawalan Elektronik Pengguna
Pin 15 Saluran pembantu (+)
Pin 16 Bumi (Ground)
Pin 17 Saluran pembantu (−)
Pin 18 Pengesan palam panas
Pin 19 Laluan balik kuasa
Pin 20 Kuasa (3.3 V 500 mA)
Ini merupakan susunan pin (pinout) pada sebelah sumber. Pada sebelah sinki (kebiasaannya paparan), susunannya adalah terbalik: laluan 3 disambungkan ke pin 1 (-) dan 3 (+), manakala laluan 0 disambungkan ke pin 10 (-) dan 12 (+).

DisplayPort ialah sejenis antara muka paparan digital yang dibangunkan oleh VESA. Antara muka ini digunakan untuk menyambungkan sumber video dengan peranti paparan contohnya monitor komputer. Ia juga boleh digunakan untuk membawa isyarat audio, USB, serta bentuk data lain.

Ia direka oleh VESA bagi menggantikan VGA, DVI dan FPD-Link. Teknologi ini masih boleh digunakan bersama VGA, DVI dan HDMI menerusi penggunaan penyesuai aktif mahupun pasif.

1.0 hingga 1.1

[sunting | sunting sumber]

Versi pertama iaitu 1.0 telah diluluskan oleh VESA pada 3 Mei 2006. Versi 1.1a kemudiannya menyusul pada 2 April 2007.

DisplayPort 1.0 membenarkan kadar data sehingga 8.64 Gbit/s sepanjang kabel berukuran 2 meter. Dengan DisplayPort 1.1, pelaksanaan lapisan pautan alternatif seperti gentian optik boleh dipakai bagi membolehkan jarak antara sumber dan paparan yang lebih jauh tanpa kemerosotan isyarat. Pun begitu, pelaksanaan alternatif adalah tidak dipiawaikan. DisplayPort 1.1 juga menyertakan HDCP bersama-sama dengan Perlindungan Kandungan DisplayPort (DisplayPort Content Protection, DPCP). Tentuan DisplayPort 1.1a boleh dimuat turun secara percuma dari tapak web VESA.

DisplayPort versi 1.2 telah diluluskan pada 22 Disember 2009. Penambahbaikan yang paling ketara dalam versi baru ini ialah lebar jalur berkesannya telah ditingkatkan kepada 17.28 Gbit/s dalam mod High Bit Rate 2 (HBR2), yang membolehkan resolusi yang lebih tinggi, kadar segar semula yang lebih kerap, serta kedalaman warna yang besar.

DisplayPort versi 1.3 telah diluluskan pada 15 September 2014. Piawaian ini meningkatkan lebar jalur penghantaran keseluruhan kepada 32.4 Gbit/s dengan mod HBR3 yang menampilkan 8.1 Gbit/s bagi setiap lorong (5.4 Gbit/s dengan HBR2 dalam versi 1.2), menghasilkan daya pemprosesan data sebanyak 25.92 Gbit/s termasuk 8b/10b tambahan untuk pengekodan.

DisplayPort 1.4 telah diterbitkan pada 1 Mac 2016. Tiada mod penghantaran baharu diperkenalkan, jadi HBR3 (32.4 Gbit/s) yang diperkenalkan dalam versi 1.3 kekal sebagai mod terpantas yang tersedia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]