Carea leonés
| Nama lain | |
|---|---|
| Negara asal | Sepanyol |
| Catatan | diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[3] |
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |
Carea leonés[a] atau anjing gembala León[b] ialah satu baka anjing gembala tradisional Sepanyol dari rantau bersejarah León di Sepanyol barat laut. Ia ditambahkan ke dalam Catálogo Oficial de Razas de Ganado de España ("Katalog Rasmi Baka Ternakan Sepanyol") – daftar kebangsaan bagi baka haiwan – pada tahun 2016 dan piawaian baka diterbitkan oleh Pemerintah Castilla dan León pada tahun 2018.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Carea leonés ialah anjing gembala tradisional dari rantau bersejarah León di Sepanyol barat laut. Ia disertakan dalam Catálogo Oficial de Razas de Ganado de España ("Katalog Rasmi Baka Ternakan Sepanyol") – daftar kebangsaan bagi baka haiwan – pada tahun 2016[3]:56905 dan piawaian baka diterbitkan oleh Pemerintah Castilla dan León pada tahun 2018.[4]
Pada tahun 2026, ia merupakan antara enam belas baka Sepanyol yang dianggap rentan oleh Real Sociedad Canina de España.[5]
Ciri
[sunting | sunting sumber]
Carea leonés bersaiz sederhana: betina berdiri setinggi 45–52 cm (18–20 in) pada paras kelasa, jantan pula setinggi 48–55 cm (19–22 in); berat badan biasanya adalah dalam julat 15–25 kg (33–55 lb) dan 16–27 kg (35–60 lb) masing-masing.[6]:532[7]:5
Lapis bulu luar adalah sederhana panjang dan sama ada lurus atau sedikit beralun; lapis bulu bawah adalah tebal.[4] Lapis bulu mungkin sama ada berwarna hitam padu atau merle kelabu (tompok-tompok hitam pada latar kelabu, kadang-kadang dengan tompok-tompok putih juga); dalam mana-mana pewarnaan, tanda-tanda perang kekuning-kuningan di sebelah atas mata, pada muka, dan pada sisi dalam tungkai mungkin hadir atau tidak.[4] Matanya sentiasa gelap pada anjing berlapis bulu hitam, tetapi lebih pucat pada yang dengan pewarnaan merle; pada anjing ini pula, mungkin terdapat juga heterokromia, yang menghasilkan kawasan putih kebiru-biruan pada salah sebiji atau kedua-dua mata.[4]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Hancock, David (28 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978080. OCLC 883515445.
- 1 2 3 "Perro Leonés de Pastor" [Anjing Gembala León] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2025. Dicapai pada 3 Januari 2026.
- 1 2 García Tejerina, Isabel (9 Ogos 2016). "7639: Orden AAA/1357/2016, de 29 de julio, por la que se modifica el anexo I del Real Decreto 2129/2008, de 26 de diciembre, por el que se establece el Programa nacional de conservación, mejora y fomento de las razas ganaderas; el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura; y el anexo III del Real Decreto 841/2011, de 17 de junio, por el que se establecen las condiciones básicas de recogida, almacenamiento, distribución y comercialización de material genético de las especies bovina, ovina, caprina y porcina y de los équidos" [7639: Perintah AAA/1357/2016, pada 29 Julai, yang meminda lampiran I Dekri Diraja 2129/2008, pada 26 Disember, yang mengasaskan Program Kebangsaan bagi Pemuliharaan, Penambahbaikan, dan Perkembangan Baka-baka Ternakan; lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen; dan lampiran III Dekri Diraja 841/2011, pada 17 Jun, yang mengasaskan keadaan asas bagi pengumpulan, penyimpanan, pengedaran, dan pemasaran bagi bahan genetik bagi spesies-spesies lembu, biri-biri, kambing, dan babi, serta ekuid.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (191): 56904–56907.
- 1 2 3 4 Ortega, Milagros Marcos (5 November 2018). "ORDEN AYG/1170/2018, de 16 de octubre, por la que se aprueba el estándar racial de la raza canina Perro Leonés de Pastor" [PERINTAH AYG/1170/2018, pada 16 Oktober, yang meluluskan piawaian baka bagi baka anjing Anjing Gembala León.] (PDF). Boletín Oficial de Castilla y León (dalam bahasa Sepanyol) (213): 42846–42851.
- ↑ "RAZAS ESPAÑOLAS CONSIDERADAS VULNERABLES (del 1 de mayo de 2025 al 30 de abril de 2026)" [BAKA SEPANYOL YANG DIANGGAP RENTAN (dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2026)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 November 2025. Dicapai pada 31 Januari 2026.
- ↑ Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ↑ "PROPUESTA DE ESTÁNDAR RACIAL SEGÚN PATRÓN DE LA F.C.I." [CADANGAN PIAWAIAN BAKA MENURUT FORMAT FCI] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Sociedad Canina de León. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2024. Dicapai pada 3 Januari 2026.