Pergi ke kandungan

Bidalasana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bidalasana atau Sikap Kucing
Postur lawan, Bitilasana atau Sikap Lembu

Bidalasana (Sanskrit: बिडालासन; ATSA: Biḍālāsana) atau Marjariasana (Sanskrit: मार्जरीआसन; ATSA: Mārjarīāsana), kedua-duanya bermaksud Sikap Kucing (Jawi: سيكڤ كوچيڠ) dalam bahasa Sanskrit, adalah sejenis asana melutut dalam yoga moden sebagai senaman.[1] Satu variasi dengan sebelah kaki diangkat ke atas ialah Vyaghrasana (Sanskrit: व्याघ्रासन; ATSA: Vyāghrāsana), Sikap Harimau (Jawi: سيكڤ هريماو); variasi yang serupa dengan sebelah kaki diluruskan ke belakang ialah Chakravakasana (Sanskrit: चक्रवाकासन; ATSA: Cakravākāsana), Sikap Kelicap (Jawi: سيكڤ كليچڤ). Variasi dengan bahagian belakang badan direndahkan ialah Bitilasana (Sanskrit: बितिलासन; ATSA: Bitilāsana), Sikap Lembu (Jawi: سيكڤ لمبو); ini sering digunakan sebagai postur lawan, dan satu senaman yang popular ialah pergerakan berulang-ulang antara Sikap Kucing dan Sikap Lembu.

Etimologi dan asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Nama Bidalasana, बिडालासन, berasal daripada perkataan Sanskrit बिडाल, biḍāl, yang bermaksud "kucing", dan āsana yang bermaksud "postur" atau "duduk".[2] Nama alternatif Marjariasana (juga dieja Marjaryasana), मार्जरीआसन, juga berasal daripada मार्जरी, mārjārī, yang turut bermaksud "kucing".[3] Sikap yang serupa telah diterangkan dalam teks Denmark awal abad ke-20 oleh Niels Bukh, Gimnastik Asas, sebagai "posisi meniarap sambil melutut",[4] yang mana ia berasal daripada tradisi gimnastik Skandinavia abad ke-19.

Asana yang berbeza, Marjarottanasana, yang bermaksud sikap kucing rengangan terbalik, digambarkan dalam Shritattvanidhi pada abad ke-19.[5]

Postur bernama Vyaghrasana atau skap harimau disenaraikan tetapi tidak diterangkan dalam Hatharatnavali pada abad ke-17.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Pengamal akan melutut dengan kedua-dua tangan di lantai, kemudian perlahan-lahan menaikkan dan menurunkan belakang badan, beralih dalam vinyasa yang lembut antara Sikap Kucing dan Sikap Lembu, serta melatih otot-otot teras yang menyokong tulang belakang.[6]

Sikap ini dianggap dalam Sivananda Yoga sebagai sesuai untuk diamalkan semasa kehamilan.[7][2]

Chakravakasana, Sikap Kelicap, dengan kaki lurus

Dalam variasi sikap ini, sebelah kaki diregangkan lurus ke belakang, dan lutut kaki yang diregangkan itu kemudiannya boleh dibengkokkan supaya tapak kaki menghala lurus ke atas; tangan yang bertentangan juga boleh diregangkan ke hadapan dalam Vyaghrasana, Sikap Harimau.[8][9] Chakravakasana atau Sikap Kelicap yang serupa, mempunyai kaki dan tangan diregangkan lurus secara mendatar.[10]

Sikap Kucing sering dilakukan berselang-seli dengan Bitilasana, Sikap Lembu, di mana perut dan punggung direndahkan manakala pinggul dan bahu tidak bergerak.[11]

  1. Anon (28 August 2007). "Cat Pose - Marjaryasana" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal.
  2. 1 2 Holstein, Barbara B. (1988). Shaping Up for a Healthy Pregnancy. Life Enhancement Publications. m/s. 76. ISBN 978-0-87322-926-5.
  3. "Cat Pose". Yoga Journal (dalam bahasa Inggeris). 7 January 2019 [2007].
  4. Bukh, Niels (2010) [1924]. Primary Gymnastics. Tufts Press. m/s. 42. ISBN 978-1446527351.
  5. Sjoman, Norman E. (1999) [1996]. The Yoga Tradition of the Mysore Palace (dalam bahasa Inggeris). Abhinav Publications. m/s. 81 and plate 14 (pose 82). ISBN 81-7017-389-2.
  6. Schiffmann, Erich (2013). Yoga The Spirit And Practice Of Moving Into Stillness (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. m/s. 89–94. ISBN 978-1-4767-3562-7.
  7. Lidell, Lucy; The Sivananda Yoga Centre (1983). The book of yoga (dalam bahasa Inggeris). Ebury. m/s. 166. ISBN 978-0-85223-297-2. OCLC 12457963.
  8. "Vyaghrasana – Tiger Pose" (dalam bahasa Inggeris). Pranayoga. 27 July 2014. Dicapai pada 4 February 2019.
  9. "Vyaghrasana: The Tiger". Yoga in Daily Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 March 2019.
  10. "Sunbird Pose". Yogapedia. Dicapai pada 4 August 2022.
  11. "Cow Pose" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. 7 January 2019. Dicapai pada 27 April 2019.