Android Eclair
| Android Eclair | |
|---|---|
| Versi sistem pengendalian Android | |
Android 2.1 yang dijalankan pada Nexus One | |
| Maklumat umum | |
| Eponim | éclair (mul) |
| Jenis sistem | Android (mul) |
| Pembangun | |
| Keluaran awal | 27 Oktober 2009[1] |
| Keluaran akhir | 2.1_r2.1p2 (EPF21B)[2][3] / 12 Januari 2010 |
| Didahului oleh | Android Donut (1.6) |
| Diganti oleh | Android Froyo (2.2) |
| Ciri teknikal | |
| Pengurus pakej | APK (mul) |
| Jenis inti | Monolitik (Linux) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | developer |
| Status sokongan | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Android Eclair ialah nama kod bagi versi kelima (dan keluaran utama kedua) bagi sistem pengendalian mudah alih Android. Eclair merangkumi versi 2.0.x dan 2.1. Diperkenalkan pada 26 Oktober 2009, Android Eclair dibina berasaskan perubahan signifikan yang dibuat dalam Android 1.6 "Donut".[4] Telefon pertama yang dilengkapi dengan Android Eclair ialah Motorola Droid. Google menghentikan sokongan untuk Android Market pada Android 2.1 dan versi yang lebih lama pada 30 Jun 2017.[5] Dalam pada itu, ia merupakan sistem pengendalian Android pertama yang mempunyai iklan.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Pengalaman pengguna
[sunting | sunting sumber]Skrin utama lalai bagi Eclair memaparkan bar Carian Google kekal di bahagian atas skrin. Aplikasi kamera juga direka semula dengan pelbagai ciri kamera baharu, termasuk sokongan denyar, zum digital, mod pemandangan, imbangan putih, kesan warna dan fokus makro. Aplikasi galeri foto turut mengandungi alat penyuntingan foto asas. Versi ini juga menambah kertas dinding hidup (live wallpaper), membolehkan imej latar belakang skrin utama dianimasikan. Fungsi pertuturan ke teks (speech-to-text) pertama kali diperkenalkan, menggantikan kekunci koma.[6]
Platform
[sunting | sunting sumber]Android Eclair mewarisi penambahan platform daripada keluaran Donut, termasuk keupayaan untuk mencari semua mesej SMS dan MMS yang disimpan, Google Maps 3.1.2 yang ditambah baik, serta sokongan Exchange untuk aplikasi E-mel.[7][8] Sistem pengendalian ini juga menyediakan kelajuan menaip yang dipertingkatkan pada papan kekunci maya, bersama dengan API kebolehaksesan, kalendar, dan rangkaian persendirian maya (VPN) yang baharu. Untuk pelayaran internet, Android Eclair turut menambah sokongan untuk HTML5, Antara Muka Pengguna (UI) penyemak imbas yang segar dengan lakaran kecil penanda buku, serta zum ketik dua kali (double-tap zoom).[9]
See also
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Announcing Android 2.0 support in the SDK!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-31. Dicapai pada 2021-05-27.
- ↑ "Android Source". Google Git. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-27. Dicapai pada 2021-05-27.
- ↑ "Android 2.1, Release 1". Android Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2010. Dicapai pada January 17, 2010.
- ↑ "Android 2.0, Release 1 | Android Developers". developer.android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-28. Dicapai pada 2015-09-06.
- ↑ Whitwam, Ryan (June 20, 2017). "Google is ending support for the Android Market on Android 2.1 and earlier". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2022. Dicapai pada December 17, 2022.
- ↑ "Android History | Android". android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-31. Dicapai pada 2016-11-02.
- ↑ Wauters, Robin (16 December 2009). "Google: Actually, We Count Only 16,000 Apps in Android Market". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2021. Dicapai pada 15 May 2012.
- ↑ "Android 2.0 Platform Highlights". Android. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 5 September 2016.
- ↑ "Android 2.0, Release 1 | Android Developers". developer.android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-28. Dicapai pada 2015-09-06.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Android Eclair di Wikimedia Commons- Tapak sesawang rasmi

