Pergi ke kandungan

Android 14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Android 14
Versi sistem pengendalian Android
Skrin utama Android 14 dengan Pixel Launcher
Maklumat umum
Jenis sistemAndroid (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemAndroid
PembangunGoogle
Model sumberPerisian sumber terbuka
Ketersediaan am4 Oktober 2023; 2 tahun yang lalu (2023-10-04)
Keluaran terkini14.0.0_r28 (USV1.230808.055)[1] / 1 Jun 2026; 55 hari yang lalu (2026-06-01)
Didahului olehAndroid 13
Diganti olehAndroid 15
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
kemas kini atas udara Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurus pakejGoogle Play (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis intiMonolithic (Linux)
Pautan berkaitan
Tapak webwww.android.com/android-14/
Status sokongan
Disokong
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Android 14 ialah versi utama keempat belas dan versi ke-21 bagi Android, iaitu sebuah sistem operasi mudah alih yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance yang dipimpin oleh Google. Kedua-dua versi Google dan AOSP telah dikeluarkan kepada orang awam pada 4 Oktober 2023. Peranti pertama yang dilancarkan bersama Android 14 ialah Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.

Setakat Jun 2026, sebanyak 12.74% daripada keseluruhan peranti Android menjalankan Android 14, menjadikannya versi Android keempat paling banyak digunakan di dunia.[2] Ini merupakan versi Android paling lama yang masih disokong dengan kod sumber keselamatan.[3]

Logo Pratonton Pembangun Android 14
Telur Paskah (Easter egg) Android 14 boleh diakses dengan pergi ke Tetapan > Perihal telefon (atau tablet) > Versi Android > ketik pada Versi Android beberapa kali dengan pantas dan tekan lama pada logo tersebut sehingga permainan muncul.

Android 14 (secara dalaman diberikan nama kod Upside Down Cake),[4] telah diumumkan pada 8 Februari 2023. Satu pratonton pembangun telah dikeluarkan serta-merta untuk siri Pixel 6 dan 7,[5] bersama-sama dengan peta jalan yang memaparkan tarikh-tarikh kemas kini.[6] Jadual ini merangkumi satu lagi pratonton pembangun yang diterbitkan pada 8 Mac,[7] serta empat versi beta bulanan. Versi beta pertama dikeluarkan pada 12 April dan menerima pembetulan segera (hotfix) ke Beta 1.1 pada 26 April.[8][9] Versi beta kedua pula dikeluarkan pada 10 Mei, yang turut menerima pembetulan segera ke Beta 2.1 pada 25 Mei.[6] Versi beta ketiga dikeluarkan pada 7 Jun, yang menandakan fasa kestabilan platform telah dicapai,[10] sebelum menerima pembetulan segera ke Beta 3.1 pada 14 Jun. Versi beta keempat kemudiannya dikeluarkan pada 11 Julai.[11] Tempoh masa pelancaran antara Android 13 pada 15 Ogos 2022 dengan Android 14 pada 4 Oktober 2023 mengambil masa 1 tahun, 1 bulan, 2 minggu dan 5 hari, sekali gus melepasi tempoh jurang pelancaran antara Android 9 dan 10 yang mengambil masa 1 tahun dan 4 minggu.

Versi beta ini tersedia untuk peranti Pixel yang dijamin mendapat kemas kini versi Android, termasuk Pixel 4a (5G) atau peranti yang lebih baharu. Pixel 7a juga boleh menguji versi beta Android 14 bermula daripada fasa Beta 3.[12] Sementara itu, Pixel Tablet dan Pixel Fold mula mendapat keupayaan untuk menguji Android 14 versi beta sejak fasa Beta 4.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Pengalaman pengguna

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan pilihan baharu yang ditambahkan dalam Android 13 untuk menetapkan bahasa secara individu bagi setiap aplikasi, ciri ini telah diperluas dan kini lebih mudah untuk dilaksanakan oleh para pembangun. Selain itu, "Grammatical Inflection API" yang baharu telah ditambahkan bagi membolehkan sistem menyesuaikan teks mengikut jantina tatabahasa pilihan pengguna.[13][14]

Android 14 memberikan keupayaan untuk meningkatkan saiz fon sehingga 200%, berbanding 130% pada versi sebelumnya, serta penskalaan fon tidak linear (nonlinear font scaling) untuk mengelakkan elemen teks yang sudah sedia besar pada skrin daripada menjadi terlalu besar.[13] Pengguna juga kini boleh menentukan unit suhu yang ingin digunakan (Fahrenheit, Celsius, atau Kelvin)[15] di dalam sesebuah aplikasi.[16]

Bahasa reka bentuk Material You yang mula diperkenalkan dalam Android 12 dan ditambah baik dalam Android 13, menerima semakan semula bagi pilihan warna lalainya dalam Android 14.[17] Android 14 juga memperkenalkan pilihan penyesuaian skrin kunci tambahan, seperti kepelbagaian gaya jam dan cuaca.[18]

Dalam Android 14, bagi peranti yang mempunyai skrin lebih besar seperti tablet, bar tugas (taskbar) telah diperluas dan kini memaparkan nama bagi aplikasi yang dipasang (pinned apps).[17][19]

Android 14 membolehkan sesebuah telefon pintar dikonfigurasikan sebagai kamera web (webcam) apabila disambungkan ke komputer atau peranti Android yang lain.[20]

Android 14 menambah sokongan untuk format imej Ultra HDR baharu bagi membolehkan pengguna mengambil dan memaparkan foto julat dinamik tinggi (high dynamic range) menggunakan kamera dan paparan yang serasi dengan HDR. Format Ultra HDR ini juga serasi ke belakang (backwards compatible) dengan format JPEG pada skrin julat dinamik standard.[21][22]

Google telah menulis semula beberapa bahagian aplikasi Tetapan Android untuk menggunakan rangka kerja Jetpack Compose miliknya dalam Android 14.[23]

Jangka hayat bateri

[sunting | sunting sumber]

Proses sistem Android kini berjalan dengan lebih cekap, sekali gus meningkatkan jangka hayat bateri.[14] Di samping itu, terdapat juga pilihan untuk memilih secara terus antara mod penjimat bateri biasa dengan mod penjimat bateri ekstrem.[17]

Masa skrin aktif (screen time) sejak pengecasan penuh terakhir kini dipaparkan semula dalam tetapan bateri. Penggunaan bateri juga ditunjukkan secara berasingan antara aplikasi sistem dengan aplikasi pengguna. Ciri ini sebelum ini pernah digantikan semasa pelancaran Android 12 yang hanya memaparkan penggunaan bateri sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.[17][24]

Privasi dan keselamatan

[sunting | sunting sumber]

Android 14 menyekat pemasangan aplikasi yang menyasarkan versi Android di bawah Marshmallow (6.0). Perubahan ini bertujuan untuk membendung penyebaran perisian hasad (malware) yang sengaja menyasarkan versi Android lama bagi memintas sekatan keselamatan yang diperkenalkan pada versi yang lebih baharu. Walau bagaimanapun, satu bendera pemasangan Android Debug Bridge (ADB) telah disediakan untuk memintas sekatan tersebut jika perlu.[25][26]

Bagi meningkatkan tahap privasi, pengguna kini boleh memilih imej-imej tertentu sahaja yang boleh diakses oleh sesuatu aplikasi melalui fungsi pemilih foto (photo picker).[16]

Terdapat juga sedikit perubahan pada mod tetamu atau mod berbilang pengguna: pilihan "Benarkan tetamu menggunakan telefon" telah dialihkan ke menu peringkat utama. Sebelum ini, pilihan tersebut terletak di dalam tetapan akaun tetamu itu sendiri.

Health Connect

[sunting | sunting sumber]

Dengan menyepadukan Health Connect sebagai salah satu ciri baharu dalam Android 14, pengguna kini boleh mengaksesnya secara terus melalui menu tetapan peranti Pixel yang baharu. Health Connect bekerjasama dengan aplikasi kesihatan seperti Fitbit, Samsung Health, dan Google Fit.[27]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Android 14.0.0 security release 28". Google Git.
  2. "android version Market Share Worldwide". StatCounter Global Stats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-07.
  3. "Mobile & Tablet Android Version Market Share Worldwide". StatCounter Global Stats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-06.
  4. Friedman, Alan (April 23, 2022). "Google reveals one interesting bit of information about 2023's Android 14". Phone Arena (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2022. Dicapai pada August 15, 2022.
  5. "Android 14 Preview". Android Developer (dalam bahasa Inggeris). February 8, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2023. Dicapai pada April 29, 2023.
  6. 1 2 "Timeline, milestones, and updates". Android Developer (dalam bahasa Inggeris). February 8, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2023. Dicapai pada February 9, 2023.
  7. "Android 14 DP2 Flash Notifications". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). March 8, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada March 8, 2023. Dicapai pada March 8, 2023.
  8. Dave Burke (April 12, 2023). "Android 14 Beta 1". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 12, 2023. Dicapai pada April 12, 2023.
  9. "Android 14 Release Notes". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). April 26, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2023. Dicapai pada April 28, 2023.
  10. Burke, Dave (June 7, 2023). "Android 14 Beta 3 and Platform Stability". Android Developers Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2023. Dicapai pada June 17, 2023.
  11. "Android 14 Beta 4". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2023. Dicapai pada July 13, 2023.
  12. "Factory images for Google Pixel". Android (dalam bahasa Inggeris). February 8, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2023. Dicapai pada February 9, 2023.
  13. 1 2 "Features and APIs Overview". Android (dalam bahasa Inggeris). February 8, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2023. Dicapai pada February 9, 2023.
  14. 1 2 Cosmos (February 8, 2023). "Android 14 First Developer Preview Available Now" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2023. Dicapai pada February 9, 2023.
  15. "LocalePreferences.TemperatureUnit". Android for Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2023. Dicapai pada 2023-09-11.
  16. 1 2 Dave Burke (March 8, 2023). "Android 14 Developer Preview 2". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 8, 2023. Dicapai pada March 9, 2023.
  17. 1 2 3 4 9to5Google (February 9, 2023). "Android 14 Developer Preview 1: Top new features!". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2023. Dicapai pada February 12, 2023.
  18. Thomas, Dallas (2023-06-07). "Android 14's new lock screen customization is live in Beta 3". Android Police (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2023. Dicapai pada 2023-09-01.
  19. Jens (February 9, 2023). "Android 14: These are the most important innovations in the first developer preview of the new operating system". GoogelWatchBlog (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2023. Dicapai pada February 12, 2023.
  20. Amadeo, Ron (2023-09-22). "Android phones get PC webcam capabilities in the latest beta". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2023. Dicapai pada 2023-09-24.
  21. "Android 14: More customization, control and accessibility features". Google (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-04. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2023. Dicapai pada 2023-12-19.
  22. "Ultra HDR Image Format v1.0". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2023. Dicapai pada 2023-12-19.
  23. Bradshaw, Kyle (February 14, 2023). "Google is gradually rewriting Android's Settings app with Jetpack Compose". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2023. Dicapai pada April 14, 2024.
  24. Aashish Singh (November 3, 2021). "Android 12 ditched last full charge battery usage stats, shows past 24hrs". PiunikaWeb (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2023. Dicapai pada February 12, 2023.
  25. Bradshaw, Kyle (January 24, 2023). "Android 14 set to block certain outdated apps from being installed". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2023. Dicapai pada July 11, 2023.
  26. Fingas, Jon (January 24, 2023). "Android 14 can block users from sideloading very old apps". Engadget (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2023. Dicapai pada July 11, 2023.
  27. Sharma, Nutan. "6 Best exciting and new features of Android 14". The Writing Paradigm (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2023. Dicapai pada 2023-10-11.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]