Papers by Mohd Zaki Mohd Yaacob

ABSTRAK Sebagai salah satu pemain utama dalam penawaran program pembelajaran sepanjang hayat (PSH... more ABSTRAK Sebagai salah satu pemain utama dalam penawaran program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) sejak tahun 1998, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah melalui pelbagai cabaran dan halangan hingga kini. Seperti mana universiti awam (UA) lain, UMCCed sebagai sebuah Pusat Tanggung jawab Akademik (PTj) Universiti Malaya (UM) menghadapi pelbagai cabaran yang tidak dialami oleh penyedia PSH swasta. Kertas ini membentangkan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam menawarkan program PSH terutama dalam tempoh lima tahun kebelakang. Satu daripadanya adalah kekangan dasar Kementerian Pengajian Tinggi bahawa UA (kecuali beberapa universiti) hanya boleh menawarkan program di peringkat diploma eksekutif manakala mereka di sektor swasta mempunyai lebih ruang untuk memperluaskan penawaran program diploma eksekutif. UMCCed yang beroperasi sepenuhnya berdasarkan model perniagaan yang membantu menjana pendapatan kepada UM telah pun menghasilkan lebih daripada 20 ribu graduan sehingga kini hanya boleh menawarkan program yang berakreditasi sahaja berbanding penyedia PSH swasta. Pada masa ini terdapat lebih banyak penyedia program PSH yang giat bersaing untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran PSH. Ini adalah antara isu-isu yang dibangkitkan dalam kertas ini selain mengetengahkan cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kaedah kajian melibatkan penilaian pengalaman UMCCed yang dilihat daripada perspektif pembangunan perniagaan dan pengurusan UMCCed. Kertas ini antara lain mencadangkan pembentukan rangkaian kerjasama yang lebih terbuka di antara penyedia program PSH serta peningkatan kempen kesedaran kepentingan PSH di kalangan masyarakat secara bersepadu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan IPT. PENGENALAN Ilmu pengetahuan merupakan aset utama individu yang dapat memperluaskan peluang untuk maju dan cemerlang dalam bidang yang diceburi selain meningkatkan keupayaan untuk bersaing khususnya dalam lanskap ekonomi negara dan dunia yang sentiasa berubah dan penuh cabaran. Pemerolehan ilmu secara berterusan akan dapat memastikan seseorang individu itu sentiasa bersedia untuk menangani perubahan-perubahan sama ada dari segi perkembangan teknologi, kemahiran, kaedah kerja, polisi, prosedur dan sebagainya serta sentiasa bersedia untuk bersaing dengan individu-individu lain yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa. Menurut Gonzalez (dalam Siemens, 2005), kajian oleh American Society of Training and Documentation (ASTD) mendapati kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini telah menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan semakin pendek. Ia berkembang pada kadar sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan penggandaan ini dijangka akan menjadi lebih pendek di masa akan datang.

Since its establishment on 1 April 1998, the University of Malaya Centre for Continuing Education... more Since its establishment on 1 April 1998, the University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) has been a strong advocate of Lifelong Learning. The importance of this concept for human capital development and its contributions towards the achievement of Vision 2020 was acknowledged by the Malaysian Ministry of Higher Education (MOHE) during the launch of the blueprint on Enculturation of Lifelong Learning on 14 November 2011. UMCCed has substantiated its support of continuing education by investigating the behaviour and activities of its students: this research observes the relationship between part-time studies and their impact on student motivation and job satisfaction. Respondents comprise students of various education backgrounds and experiences enrolled in the part-time Executive Diploma programmes in UMCCed. The objective of this study is to discover whether those who complete the programme exhibit motivation in their work and whether they receive job satisfaction while practicing the knowledge acquired. In order to obtain this data, the researcher utilises a questionnaire which consists of four parts: Part A (Information and background of Respondent); Part B (Effect of part time studies on work motivation); Part C (Effect of part time studies on organisational skills); and Part D (Effect of part time studies on time management). This paper also contains relevant suggestions based on the findings that will enhance the quality of UMCCed programmes.
Ada yang kita faham mengenai konseptualisasi? Konseptualisasi adalah proses pengenalan dan penje... more Ada yang kita faham mengenai konseptualisasi? Konseptualisasi adalah proses pengenalan dan penjelasan konsep-konsep. Dia dalam proses ini kita akan menentukan apa yang kita maksudkan dengan menggunakan istilah-istilah tertentu
Pada kali ini saya akan membicarakan sebuah buku yang bertajuk ’The Art of Research and Dissertat... more Pada kali ini saya akan membicarakan sebuah buku yang bertajuk ’The Art of Research and Dissertation Writing: for the Humanities and Arts’ oleh Sufean Hussin. Buku ini diterbitkan oleh Asas Tunas Publications (M) SDN BHD.
UMCCed potential to grow and be competitive to retain business is wide open because of the opport... more UMCCed potential to grow and be competitive to retain business is wide open because of the opportunities as ......
Pasukan terdiri daripada individu yang bekerja di dalam satu kumpulan dan mereka mempunyai matlam... more Pasukan terdiri daripada individu yang bekerja di dalam satu kumpulan dan mereka mempunyai matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja. Ciri penting di dalam sesebuah pasukan adalah mereka mempunyai panduan dan atur cara kerja (Standard Operating procedure (SOP)).
Pendidikan adalah aset utama bagi sesebuah negara. Tanpa pendidikan, sesebuah negara itu tidak a... more Pendidikan adalah aset utama bagi sesebuah negara. Tanpa pendidikan, sesebuah negara itu tidak akan maju walaupun mempunyai ramai bilangan penduduk. Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan pendidikan sebagai agenda utama. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan termasuklah menggariskan beberapa dasar yang berkaitan dengan pendidikan untuk memastikan bahawa rakyatnya mempunyai pendidikan.
Thesis Chapters by Mohd Zaki Mohd Yaacob

Tinjauan kesusasteraan dalam bab ini menetapkan pembahasan mengenai konsep utama, teori, tren dan... more Tinjauan kesusasteraan dalam bab ini menetapkan pembahasan mengenai konsep utama, teori, tren dan isu-isu yang mendasari Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pendidikan tinggi. Proses semakan kesusasteraan bermula dengan penerokaan artikel dan buku jurnal secara komprehensif dan teliti mengenai pembelajaran, pendekatan pembelajaran, pengajaran tinggi dan PSH. Idea dan rujukan dari bacaan awal digunakan untuk mengenal pasti bacaan lanjut. Tujuan sorotan kajian adalah untuk mengetahui tentang trend utama, konsep dan pendekatan utama yang berkaitan dengan penyelidikan PSH dan pendidikan tinggi dan menilai beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian ini. 2.1. Konsep pembelajaran Pembelajaran boleh di angap sebagai satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula dari individu dilahirkan sehingga ke penghujung nafasnya. Pembelajaran bukan hanya sekadar penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman individu. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. 2.2. Definisi Pembelajaran Terdapat beberapa tafsiran yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan mengenai pengertian pembelajaran mengikut fahaman psikologi masing-masing. Dibawah adalah definisi-definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan. Menurut Robert M Gagne dalam The Conditions of Learning (1985) menyatakan, pembelajaran merupakan perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh tumbesaran. Perubahan yang dipanggil pembelajaran ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku. Ia dapat dilakukan dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan

Aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ... more Aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di kalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan pendidikan dan belajar semula sebagai budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Ini boleh dicapai melalui sistem PSH yang mempunyai kualiti yang tinggi dan diuruskan dengan baik di dalam komuniti pembelajaran di setiap organisasi. (Kementerian Pendidikan, 2015) 1. PENDAHULUAN. Aset utama sesorang individu adalah ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang hidupnya. Aset ini berupaya memperluaskan peluang untuk maju dan cemerlang dalam bidang yang diceburi selain meningkatkan keupayaan individu bersaing khususnya dalam cabaran semasa ekonomi negara dan dunia yang sering berubah. Mendapatkan ilmu secara berterusan membolehkan seseorang individu itu bersedia untuk menangani perubahan-perubahan sama ada dari segi perkembangan teknologi, kemahiran, prosedur kerja, polisi, dan sebagainya serta sentiasa bersedia untuk bersaing dengan individu-individu lain yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa. Kegagalan individu untuk mengarap ilmu baharu akan menyebabkan individu tersebut sentiasa ketinggalan kerana kepesatan perkembangan ilmu telah berkembang menjadi sekali ganda dalam tempoh sepuluh tahun dan dijangkakan tempoh ini akan menjadi pendek dalam masa mendatang. Pendapat ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh American Society of Training and Documentation (ASTD) dimana mereka mendapati kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini telah menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan semakin pendek (Gonzalez (dalam Siemens, 2005)). Dari itu individu terutamanya yang sedang bekerja perlu sedar bahawa dengan pengalaman kerja sahaja mereka tidak akan pergi kemana sebaliknya kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan secara berterusan perlu dititik beratkan. Dengan adanya ilmu, ini secara tidak langsung dapat memastikan individu tersebut sentiasa kekal relevan dengan keadaan semasa dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pasaran kerja serta mampu berdaya saing dengan generasi muda yang kebanyakannya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang lebih terkini.
Uploads
Papers by Mohd Zaki Mohd Yaacob
Thesis Chapters by Mohd Zaki Mohd Yaacob