Papers by wan nurul nuha wan mat

Kefahaman mengenai kerjaya menurut Islam dalam kalangan wanita amat penting bagi memastikan peran... more Kefahaman mengenai kerjaya menurut Islam dalam kalangan wanita amat penting bagi memastikan peranan hakiki mereka di dalam rumah tangga tidak diabaikan. Sebahagian wanita bekerjaya menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dan menjadikannya sebagai faktor untuk mereka lebih bersosial tanpa menghiraukan keperluan keluarga sehingga melanggari batas-batas yang ditentukan oleh Islam. Artikel ini akan menjelaskan konsep bekerjaya menurut Islam, wanita bekerjaya menurut Islam dan syarat-syarat yang digariskan oleh Islam. Analisis dokumen berdasarkan bahan-bahan bercetak dipilih untuk menghasilkan artikel ini. Diharapkan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan kefahaman dan penjelasan mengenai kedudukan wanita bekerjaya menurut Islam. SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya. Umum memaklumi bahawa tanggung jawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik. Rezeki yang diberikan oleh suami dapat diagih-agihkan kepada setiap ahli keluarga dengan adil dan menjadikan setiap ahli keluarga merasa selesa. Memikul peranan sebagai seorang ibu juga termasuklah memelihara anak-anak dengan memberikan didikan yang sempurna. Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggung jawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi; "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."
Uploads
Papers by wan nurul nuha wan mat