Papers by sri utami hepni

Empayar Charlemagne merupakan sebuah empayar hebat yang kurang terdedah kepada ancaman empayar lu... more Empayar Charlemagne merupakan sebuah empayar hebat yang kurang terdedah kepada ancaman empayar luar seperti empayar Byzantine mahupun Islam. Di antara 800 hingga 1000 Masihi, kebanyakan negara di sekitarnya sedang berkembang tetapi hal yang sebaliknya berlaku dalam empayar Charlemagne. Pada masa yang sama, empayar Byzantine sedang melebarkan pengaruhnya ke kawasan Rusia dan menawan Basil. Manakala, kerajaan Abbasyiah pada waktu ini juga sedang berada pada zaman kegemilangannya. Kegemilangan ini diwarnai dengan kehebatan pemerintahannya dalam tempoh yang agak panjang, perkembangan dalam bidang ilmu dan juga kerancakan aktiviti seni bina dalam pemerintahan mereka. Namun demikian, sekitar tahun 900 M, kerajaan atau empayar Abbasyiah turut mengalami zaman kemerosotannya. Hal ini jelas dilihat melalui perpecahan yang berlaku kepada empayarnya. Kerajaan kecil dalam empayar Abbasyiah mula membebaskan diri dan menubuhkan kerajaan sendiri. Namun demikian, keadaan dalam empayar Abbasyiah pada waktu itu adalah jauh lebih baik berbanding apa yang berlaku di dunia barat, khususnya dalam empayar Charlemagne.
Drafts by sri utami hepni

Sebelum kedatangan Perancis, negara-negara Indochina yang terdiri daripada Vietnam (Tonkin, Annam... more Sebelum kedatangan Perancis, negara-negara Indochina yang terdiri daripada Vietnam (Tonkin, Annam dan Cochinchina), Laos dan Kemboja merupakan negara yang berasingan serta memiliki sistem pentadbiran dan perundangan yang berbeza. Laos dan Kemboja lebih dipengaruhi oleh Siam dari aspek kebudayaan mahupun pentadbirannya. Kedua-dua kerajaan ini pernah menjadi naungan Siam dan mereka menghantar ufti ke Siam. Orang-orang Laos menganut agama Buddha dan menggunakan bahasa Thai serta manuskrip Thai dalam kebudayaan dan pertuturan harian mereka. Selain itu, simbol bagi kerajaan juga lebih banyak dipengaruhi oleh kerajaan Siam. Misalnya penggunaan payung putih dan gajah putih yang melambangkan kedaulatan dan kesucian seseorang raja. Laos pernah dijajah oleh Vietnam semasa dinasti Ayuthia menghadapi kemunduran akibat serangan dinasti Konbaung dari Burma. Istana Hue telah menabalkan wakilnya di Vientiane. Namun demikian, selepas kemenangan Siam pada tahun 1778, Raja Rama III berjaya mengalahkan wakil istana Hue dan menghalaunya dari Vientiane. 1 Siam meneruskan perluasan pengaruhnya di sekitar Vientiane dan Sungai Mekong. Kemboja turut tidak lepas daripada pengaruh kedua-dua kuasa ini kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah keduanya. Seperti Laos, orang Kemboja juga lebih berpihak kepada Siam. Hal ini dijelaskan oleh John F. Cady yang menyatakan bahawa orang Kemboja menganggap orang Siam sebagai saudara atas aspek kebudayaan, orang Laos sebagai ahli keluarga tetapi orang Vietnam sebagai orang asing yang tidak disukai sama ada dari aspek kebudayaan mahupun bangsa. Hal ini mungkin berpunca daripada sikap Vietnam yang kerap meluaskan pengaruhnya ke kawasan Kemboja dan Laos bagi menampung kekurangan tanah di kawasannya, khususnya di Selatan Vietnam. 2 2 Vietnam pula lebih dipengaruhi oleh sistem dan cara pemerintahan China. Vietnam pernah dijajah hampir 1000 tahun oleh kuasa dinasti China menyebabkan berlakunya asimilasi budaya dan corak pentadbiran dalam kedua-dua buah negara ini. Hal ini boleh dijelaskan melalui pandangan yang menyatakan bahawa Vietnam merupakan bayangan bagi negara China. Kesemua negara ini pada peringkat awal mengamalkan sistem beraja. Namun demikian, keadaan agak berbeza di Vietnam atau nama awalnya Dai Viet yang memiliki dua pentadbiran yang terpisah. Vietnam terbahagi kepada dua kekuasaan yakni kerajaan Nguyen di Selatan dan Trinh di Utara Vietnam. 3 Dinasti Le pula tidak memiliki sebarang kuasa perundangan yang berpusat di istana Hanoi hanya menjadi raja boneka bagi kedua-dua kuasa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Pada tahun 1771, pemberontakan Tay Son berlangsung dan telah mengubah sejarah Vietnam. Pemberontakan ini telah berjaya meletakkkan Vietnam dibawah satu pentadbiran. 4 Pada tahun 1776, pemerintah Nguyen di daerah selatan berjaya dikalahkan dan melarikan diri ke Siam menyebabkan Saigon dikuasai oleh pemberontak. Sedekad kemudian, Nguyen Hue menawan Hanoi sekaligus menamatkan pemerintahan keluarga Trinh di Utara Vietnam. Nguyen Hue turut menghapuskan dinasti Le dan mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja baharu dengan gelaran Maharaja Quang Trung. 5 Pemberontakan ini berjaya dengan adanya bantuan daripada golongan petani yang miskin dan tertekan dengan ketiadaan tanah. Namun demikian, Nguyen Phuc Anh dengan bantuan paderi Perancis berjaya mengalahkan anak Maharaja Quang Trung selepas kematiannya. Pada 1802 beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Gia Long selepas menakluki Hue dan Hanoi. 6
Uploads
Papers by sri utami hepni
Drafts by sri utami hepni