Papers by nurul shafadzilah

Ilmu adalah asas kecemerlangan ummah dan paksi kepada kekuatan Islam. Satu ciri terpenting pembin... more Ilmu adalah asas kecemerlangan ummah dan paksi kepada kekuatan Islam. Satu ciri terpenting pembinaan tamadun manusia yang dicapai pada zaman Nabi Muhammad S.A.W ialah pembentukan Madinah sebagai pusat ilmu dan elemen perpaduan antara kaum yang wujud secara pratikal. Sejarah Islam memperlihatkan Madinah telah menjadi satu pusat yang penting dalam penyebaran ilmu ke segenap pelusuk yang boleh dicapai ketika itu. Pencapaian masa lampau oleh umat Islam membanggakan dunia sehingga ke hari ini. HampIr 14 abad Islam menguasai pentas dunia. Pemerintah Islam tidak pernah melupakan aspek pembangunan, malah ia adalah salah satu dari aspek penting dalam pembinaan tamadun. Pembangunan yang dicapai dalam aspek keilmuan, senibina, sains, teknologi dan sebagainya tidak dapat ditandangi pada waktu tersebut oleh sebarang kuasa luar. Kelahiran aktiviti kesarjanan dan saintifik di Eropah dicetuskan terutamanya oleh pengaruh kesarjanaan Islam di Andalus dan Sicily. Hampir keseluruhan hasil karya klasik Yunani sampai ke tangan Eropah melalui teks yang telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh sarjanasarjana Islam Andalus. Merekalah yang telah berusaha mencari hasil-hasil karya klasik Yunani dalam bidang falsafah dan sains dan menterjemahkannya ke bahasa Arab yang merupakan bahasa perantaraan ilmu pengetahuan pada waktu itu.
Uploads
Papers by nurul shafadzilah