Papers by Nurul Amiza Amiruddin

ah20403, 2021
Dalam konteks semasa segala isu dikaitkan dengan pendemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dun... more Dalam konteks semasa segala isu dikaitkan dengan pendemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Pendemik COVID-19 telah memberikan impak yang besar kepada seluruh aktiviti dalam negara ini terutama dalam dunia pekerjaan. COVID-19 memberikan perubahan yang berlaku secara dastrik dan berubah 100% terhadap aktiviti pekerjaan yang biasa mereka lakukan. Pada era pendemik COVID-19, dapat dilihat produktiviti pekerja semakin berkurang akibat daripada beberapa punca yang berlaku salah satunya, pendemik COVID-19 yang membuatkan banyak perubahan yang berlaku. Faktor produktiviti dalam syarikat terbahagi kepada dua bahagian iaitu faktor internal dan faktor eksternal. Dalam penulisan ini memfokuskan penambahbaikan faktor internal dalam kepentingan semasa iaitu bekerja dari rumah atau bekerja secara maya. Dalam konteks kepentingan semasa ini produktiviti tu dipertingkatkan dengan pelbagai cara supaya setiap pekerja dapat bekerja dengan kepuasan yang maksimum dan menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

ah20403, 2021
Produktiviti merupakan kebolehcapaian untuk mendapatkan hasil output yang baik daripada input yan... more Produktiviti merupakan kebolehcapaian untuk mendapatkan hasil output yang baik daripada input yang telah ditetapkan atau diberikan. Dalam peningkatan produktiviti terdapat faktor yang mempengaruhi produktiviti tersebut. Faktor yang mempengaruhi produktiviti ialah faktor internal (dalaman) dan faktor eksternal (luaran). Dalam konteks kajian ini hanya mengkaji faktor eksternal yang tidak mempengaruhi produktiviti dalam konteks amalan bekerja semasa pendemik COVID-19. Pada era pendemik COVID-19 ini, terdapat pekerja yang hanya bekerja dari rumah atau secara maya sahaja tanpa untuk pergi ke tempat kerja. Pendemik COVID-19 ini yang telah menyebabkan berlaku perubahan dalam semua konteks pekerjaan. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh semua masyarakat juga turut berubah. Oleh itu, terdapat faktor yang tidak mempengaruhi produktiviti dalam konteks amalan bekerja semasa pendemik COVID-19.
Uploads
Papers by Nurul Amiza Amiruddin