Thesis Chapters by bukhari hasan
Penulisan ini adalah bagi memberikan suatu sudut pandang positif dalam menilai Muawiyyah itu send... more Penulisan ini adalah bagi memberikan suatu sudut pandang positif dalam menilai Muawiyyah itu sendiri. Penulis juga mengetengahkan sumbangan-sumbangannya pada Islam, khususnya ketika beliau mencetuskan armada laut pertama Islam. Hal ini penting bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada beliau.

Kertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran... more Kertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda di Malaysia. Menurut sejarah, idea Pan-Islamisme bermula pada zaman tokoh-tokoh pemikir seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida dan lain-lain seiringan dengan era turun naik kegemilangan perjuangan umat Islam pada penghujung abad 19 M dan awal abad 20 M di seluruh dunia. Justeru, hal ini sejajar dengan kemunculan kaum muda di Malaysia pada akhir abad 19 M dan awal abad 20 M yang akhirnya mencetuskan polemik dengan Kaum Tua. Penulis juga telah menganalisis beberapa data berkaitan dengan isu ini yang hasilnya menunjukkan bahawa pertembungan aliran pemikiran antara mereka adalah berkisar isu-isu dan konflik dalam agama Islam di Malaysia. Bahkan penulis mendapati, natijah daripada pertembungan ini telah menyebabkan tersebarnya bermacam ideologi dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan perbalahan sesama mereka. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba mempertemukan titik kebersamaan lalu memberikan beberapa cadangan bagi meredakan ketegangan diantara kumpulan-kumpulan ini. Maka dengan ini, perpecahan dan perbezaan pandangan di dalam institusi masyarakat dapat diselesaikan dengan baik
Papers by bukhari hasan
Penulisan ini membincangkan lebih mendalam mengenai masalah penularan berita palsu di Malaysia. I... more Penulisan ini membincangkan lebih mendalam mengenai masalah penularan berita palsu di Malaysia. Ia juga membincangkan isu 3R (Raja, Agama, Kaum) yang semakin meruncing disebabkan pergeseran politik yang tidak berkesudahan. Kemudian, perbicangan mengenai tokoh tertentu dan tindakannya sekiranya beliau mengetahui sejarahnya tela dipesongkan
Tujuan tugasan ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar menganalisis hubungan industri-industri... more Tujuan tugasan ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar menganalisis hubungan industri-industri di Malaysia. Hubungan industri merujuk kepada hubungan antara majikan dan pekerja dalam persekitaran kerja. Di Malaysia, sistem hubungan industri terdiri daripada pihak majikan, kerajaan dan pekerja. Selain itu turut mengupas berkenaan kemajuan ekonomi digital di Malaysia.
Catatan ringkas seputar isu Futuhat vs Imprealisma : di era Khulafa' Ar-Rasyidun dan permulaan Pe... more Catatan ringkas seputar isu Futuhat vs Imprealisma : di era Khulafa' Ar-Rasyidun dan permulaan Perang Salib.
Menerangkan serba sedikit berkenaan pembinaan Tembok Besar China serta sumbangannya terhadap inov... more Menerangkan serba sedikit berkenaan pembinaan Tembok Besar China serta sumbangannya terhadap inovasi masyarakat dunia khususnya di Malaysia.
Uploads
Thesis Chapters by bukhari hasan
Papers by bukhari hasan