Papers by balkis kaderbawa

Abas Awang dan Abdullah Ngah, (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpu... more Abas Awang dan Abdullah Ngah, (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat. Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan melaksanakan tugas kepimpinan. Sweeny (1982) , menyebutkan enam ciri kepimpinan pengetua / guru besar yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah cemerlang; penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam pelajaran, menyusun dan menetapkan strategi pengajaran; menyediakan dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah); kerap menilai pencapaian akademik pelajar; menyelaras program pengajaran; membantu dan memberi semangat kepada guru-guru. Menurut Hussien Mahmood( 1993), mengatakan bahawa kepimpinan pengetua/ guru besar bertanggungjawab mengadakan falsafah, matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru meningkatkan kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum. Pengetua juga melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha. Jelaslah, kepimpinan pengetua dalam melaksanakan dan menumpukan seluruh tenaga dalam memastikan tugas hakiki dan utama dalam kecemerlangan kurikulum, amatlah penting.
Uploads
Papers by balkis kaderbawa