Conference Presentations by Ummu Nasohah

Makalah ini mengupas tentang proses reka bentuk modul pengajaran dengan berteraskan model ADDIE. ... more Makalah ini mengupas tentang proses reka bentuk modul pengajaran dengan berteraskan model ADDIE. Modul pengajaran merupakan salah satu asas utama dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) sesuatu subjek. Maka, reka bentuknya perlu kepada satu teori model reka bentuk yang memperincikan fasa-fasa prosesnya dengan teliti dan sistematik. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengupas penggunaan model ADDIE dalam reka bentuk modul pengajaran dengan mengambil subjek bahasa Arab untuk tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. Ini keran, model ADDIE merupakan antara model rekabentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Hasil daripada penggunaan model ADDIE dalam reka bentuk sesuatu modul pengajaran, akan terbina satu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran & pembelajaran (P&P) dengan efektif serta pendekatan yang sistematik seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar.
Uploads
Conference Presentations by Ummu Nasohah