Papers by Thulasi Rudrapathy

Politeknik bukan sahaja melahirkan pelajar yang terpelajar dari segi kognitif malah juga melahirk... more Politeknik bukan sahaja melahirkan pelajar yang terpelajar dari segi kognitif malah juga melahirkan pelajar yang cukup sifatnya sebagai manusia sepertimana yang diharap oleh Falsafah Pendidikan Negara kita iaitu cukup jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Konsep Peta Minda adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah bagi subjek Aplikasi Komputer. Bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi eksperimen yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pasca ke atas kumpulan rawatan dan kawalan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar dari kelas DEP1C dan DEP1E di Politeknik Johor Bahru. Sampel adalah terdiri daripada 30 orang pelajar untuk kumpulan rawatan, dan 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan bantuan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah PBM sahaja. Rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Hasil kajian telah mendapati min pencapaian kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 82.33 dan signifikan secara statistik pada tahap α= 0.05 (ρ = 0.00) berbanding dengan min kumpulan kawalan iaitu 64.93 yang menunjukkan bahawa penggunaan konsep peta minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek Aplikasi Komputer. Oleh itu, pembelajaran yang menggunakan konsep peta adalah dicadangkan untuk diamalkan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matepelajaran Aplikasi Komputer. v
Uploads
Papers by Thulasi Rudrapathy