Papers by Syair Ismahaniza

ABSTRAK: Pembangunan modal insan merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian khususnya me... more ABSTRAK: Pembangunan modal insan merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian khususnya melibatkan muallaf. Golongan muallaf adalah insan pilihan Allah s.w.t yang dijinakkan hati untuk kembali kepada fitrah Islam. Mereka amat memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan moral supaya dapat memahami, menghayati dan mempraktikan ajaran Islam dalam kehidupan. Untuk mencapai matlamat tersebut, maka pembangunan modal insan berteraskan akhlak yang baik, pemahaman terhadap konsep seorang khalifah di muka bumi dan kejelasan terhadap konsep Hablul Minallah dan Hablul Minanas perlu digerakkan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka persoalan definisi ke atas konsep pembangunan modal insan muallaf dan menganalisis peranan MACMA Kelantan terhadap pembangunan modal insan muallaf. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes melalui temu bual semi berstruktur dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan dan dianalisis secara deskriptif naratif. Hasil kajian mendapati terdapat dua peranan MACMA Kelantan terhadap pembangunan modal insan muallaf iaitu dari aspek pendidikan dengan mewujudkan kelas al-Quran dan mengadakan seminar pengukuhan iman dan akhlak, manakala aspek menjaga kebajikan ahli pula adalah dengan memberi bantuan peralatan secara percuma, bantuan pinjaman tanpa faedah, bantuan kewangan, bantuan zakat tunai mahupun barangan dan pelancaran jihad ekonomi. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan usaha dakwah dan peranan MACMA Kelantan khususnya kepada muallaf dari etnik Cina dan umumnya kepada semua bangsa. Kata kunci: Peranan MACMA Kelantan, Pembangunan Modal Insan, Muallaf. Pengenalan Pembangunan modal insan muallaf akan terbina apabila konsep khalifah Allah dapat difahami dan dihayati. Kejelasan terhadap tujuan penciptaan manusia dan mengambil ia sebagai satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan muka bumi ini mengikut acuan Islam. Perlu ditegaskan setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia akan dipertanggungjawabkan dan dihisab pada hari pembalasan. Menyedari hakikat ini, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan berperanan untuk membangunkan modal insan muallaf dengan merangka pelbagai program untuk diaktifkan dan digerakkan menerusi konsep Hablul Minallah dan Hablul Minanas dalam menuju al-falah. Hal ini bertepatan dengan motto perjuangannya iaitu " we care, we share and we guide " , " kami prihatin, kami berkongsi dan kami membimbing ". Pernyataan Masalah Merujuk kepada objektif pertama penubuhan MACMA Kelantan dalam usaha ke arah membangunkan modal insan muallaf yang dikhususkan kepada komuniti Cina Muslim adalah satu amanah yang bertaqwa dan berilmu serta mewakili dan menjaga hal ehwal yang berkaitan dengan mereka dalam segala aspek termasuk membimbing, kebajikan, latihan dan pendidikan, sokongan moral dan pembangunan ekonomi (Profil MACMA 2015: 7). Untuk mencapai objektif itu pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang 20 tahun penubuhannya. Namun demikian, telah dikenal pasti terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh MACMA Kelantan dalam mencapai objektif tersebut. Antara permasalahannya adalah dari aspek kewangan mahupun dana, wujudnya salah faham masyarakat sekitar, penyertaan muallaf yang sangat minimum dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan berpunca dari faktor dalaman dan luaran, kebergantungan muallaf yang mengharapkan bantuan dan manfaat daripada persatuan, kekurangan AJK yang mahir dalam penyediaan kertas kerja dan pengendalian komputer untuk penyelarasan laporan
Uploads
Papers by Syair Ismahaniza