Drafts by Shahira Nazirah

psikologi Switzerland dan ahli epistemologi genetik. Dia merupakan ahli falsafah yang terkenal ol... more psikologi Switzerland dan ahli epistemologi genetik. Dia merupakan ahli falsafah yang terkenal oleh kerana teori perkembangan kognitifnya yang mengkaji tentang bagaimana anak-anak mengembangkan intelektual sepanjang masa kanak-kanak. Sebelum teori Piaget, kanak-kanak sering dianggap sebagai orang dewasa mini. Sebaliknya, Piaget mencadangkan cara berfikir kanak-kanak pada asasnya berbeza dari cara orang dewasa berfikir. Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada 9 Ogos 1896, dan mula menunjukkan minat pada sains semula jadi pada usia yang sangat muda. Menjelang usia 11, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyelidik dengan menulis kertas kertas pendek tentang burung albino. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains semulajadi dan menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Zoologi di University of Neuchâtel pada tahun 1918. Jean Piaget berpendapat dan menyokong idea bahawa kanak-kanak berfikir secara berbeza daripada orang dewasa dan penyelidikannya mengenal pasti beberapa perkara penting dalam perkembangan mental kanak-kanak. Beliau juga menimbulkan minat terhadap psikologi kognitif dan perkembangan. Teori Piaget dipelajari secara meluas oleh pelajar-pelajar dari kedua-dua psikologi dan pendidikan. Piaget memegang banyak jawatan kerusi sepanjang kariernya dan menjalankan penyelidikan dalam bidang psikologi dan genetik. Beliau mencipta Pusat Antarabangsa untuk Epistemologi Genetik pada tahun 1955 dan berkhidmat sebagai pengarah sehingga kematiannya pada 16 September 1980.
Uploads
Drafts by Shahira Nazirah