Papers by SITI NUR ARYIAH BINTI SURA
AH20403, 2021
Faktor internal atau lebih dikenali sebagai faktor dalaman penambahbaikkan produktiviti kerja mer... more Faktor internal atau lebih dikenali sebagai faktor dalaman penambahbaikkan produktiviti kerja merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi produktiviti samaada produktiviti organisasi ataupun produktiviti pekerja. Keperluan untuk mengambil kira faktor internal menurut kepentingan semasa adalah elemen-elemen yang terkandung di dalam faktor ini sangat berkait rapat dengan penggerak kepada penyumbang ekonomi negara. Seperti pada era pandemik Covid-19 ini, faktor internal mampu mendorong produktiviti kerja dari kekuatan dalaman.

ah20403, 2021
Produktiviti merupakan kebolehcapaian untuk mendapatkan hasil output yang baik daripada input yan... more Produktiviti merupakan kebolehcapaian untuk mendapatkan hasil output yang baik daripada input yang telah ditetapkan atau diberikan. Dalam peningkatan produktiviti terdapat faktor yang mempengaruhi produktiviti tersebut. Faktor yang mempengaruhi produktiviti ialah faktor internal (dalaman) dan faktor eksternal (luaran). Dalam konteks kajian ini hanya mengkaji faktor eksternal yang tidak mempengaruhi produktiviti dalam konteks amalan bekerja semasa pendemik COVID-19. Pada era pendemik COVID-19 ini, terdapat pekerja yang hanya bekerja dari rumah atau secara maya sahaja tanpa untuk pergi ke tempat kerja. Pendemik COVID-19 ini yang telah menyebabkan berlaku perubahan dalam semua konteks pekerjaan. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh semua masyarakat juga turut berubah. Oleh itu, terdapat faktor yang tidak mempengaruhi produktiviti dalam konteks amalan bekerja semasa pendemik COVID-19.
AH20403, 2021
Produktiviti perusahaan bergantung kepada produktiviti yang ditonjolkan oleh pekerja. Produktivit... more Produktiviti perusahaan bergantung kepada produktiviti yang ditonjolkan oleh pekerja. Produktiviti pekerja adalah perkara yang dikenal pasti sebagai pengubah strategi penting terutama semasa pandemik covid-19 ini. Faktor luaran seperti penyesuaian struktur, sumber semula jadi serta pemerintah dan infrastruktur tidak mempengaruhi produktiviti pekerja dalam konteks amalan bekerja secara maya semasa pandemik Covid-19 malah pekerja tetap menunjukkan produktiviti mereka yang positif. Faktor luaran sering dikatakan sebagai penyebab utama penurunan produktiviti namun ianya tidak dalam konteks bekerja dari rumah.
Uploads
Papers by SITI NUR ARYIAH BINTI SURA