Papers by Nurul Naemah Hamedan

Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk partisi... more Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk partisipasi politik pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Hal ini demikian kerana wujudnya penonjolan berita mengenai politik, ekonomi dan sosial di laman media sosial yang telah mencipta ruang untuk mereka mengakses maklumat, berinteraksi serta berkongsi pelbagai maklumat. Kaedah penonjolan berita di laman media sosial seperti pemilihan tajuk berita yang catchy dilihat menarik perhatian pengundi dan memberi impak terhadap pola pengundian. Lantaran itu, ledakan maklumat yang mendominasi laman media sosial dilihat telah mengganggu pembentukan budaya politik konservatif. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan perkaitan antara faktor peranan media dan penonjolan berita dengan partisipasi politik pengundi dalam PRU14. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan media kepada pengundi, mengkaji jenis-jenis penonjolan berita yang menjadi pilihan pengundi, mengena...

Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2019
Masyarakat global kini sudah sinonim dengan penggunaan media sosial sebagai sumber perolehan makl... more Masyarakat global kini sudah sinonim dengan penggunaan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik berbanding penggunaan media konvensional. Liputan berita serta kandungan isu yang dibincangkan menerusi media sosial sedikit sebanyak memberi implikasi kepada corak pemikiran masyarakat. Justeru, penyelidik ingin mengenal pasti hubungan di antara media, isu dan tingkah laku dalam kalangan pengundi bagi edisi PRU ke-14. Kajian ini telah dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif dengan memilih borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada lelaki (44.0%) dan perempuan (56.0%) telah dipilih secara rawak di sekitar kawasan Lembah Klang. Seramai 72 orang responden (36.0%) adalah terdiri daripada pengundi kali pertama yang mengundi pada pilihan raya kali ini. Antara hasil kajian ini adalah responden sangat bersetuju bahawa media sosial adalah medium utama untuk mengakses maklumat sepanjang pilihan raya berlangsung (min = 4.50...

Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, Jun 30, 2019
Masyarakat global kini sudah sinonim dengan penggunaan media sosial sebagai sumber perolehan makl... more Masyarakat global kini sudah sinonim dengan penggunaan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik berbanding penggunaan media konvensional. Liputan berita serta kandungan isu yang dibincangkan menerusi media sosial sedikit sebanyak memberi implikasi kepada corak pemikiran masyarakat. Justeru, penyelidik ingin mengenal pasti hubungan di antara media, isu dan tingkah laku dalam kalangan pengundi bagi edisi PRU ke-14. Kajian ini telah dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif dengan memilih borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada lelaki (44.0%) dan perempuan (56.0%) telah dipilih secara rawak di sekitar kawasan Lembah Klang. Seramai 72 orang responden (36.0%) adalah terdiri daripada pengundi kali pertama yang mengundi pada pilihan raya kali ini. Antara hasil kajian ini adalah responden sangat bersetuju bahawa media sosial adalah medium utama untuk mengakses maklumat sepanjang pilihan raya berlangsung (min = 4.50). Selain itu, responden juga sangat bersetuju bahawa isu peningkatan harga barang dan petrol membebankan rakyat Malaysia (min = 4.75). Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka membaca akhbar atas talian untuk mengetahui isu-isu berbangkit (min = 4.50). Senario ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa masyarakat Malaysia begitu cakna terhadap paparan berita yang tersedia melalui media sosial berkenaan perkara-perkara yang melibatkan politik tanah air. Justeru, pihak kerajaan perlu melaksanakan pemantauan terhadap kredibiliti sumber-sumber berita agar maklumat yang dikongsikan tidak menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak demi memastikan informasi yang tersebar adalah bebas daripada unsur hasutan yang boleh mengancam keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Uploads
Papers by Nurul Naemah Hamedan