Papers by Norhana Pathoraagi

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negar... more Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar. Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Selain itu, Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkat kualiti sokongan bagi membantu semua sekolah. Menjeang peringkat akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua dan guru besar dan juga sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang telah ditetapkan. 2. PELAN TINDAKAN: PEMBENTUKAN DAN APLIKASI KURIKULUM DAN PENAKSIRAN ABAD KE-21 GELOMBANG 1 (2013-2015): PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM SEDIA ADA DAN PERSEDIAAN UNTUK PERUBAHAN SEKITAR.
Uploads
Papers by Norhana Pathoraagi