Thesis Chapters by Nor Azizah bt Junid

abSTRaK Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media pengajaran mempunyai peranan yang penting... more abSTRaK Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media pengajaran mempunyai peranan yang penting dalam mencapai matlamat pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran (PMP) yang berasaskan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains bagi meningkatkan kemahiran proses Sains asas (KPS) pelajar. Dalam kajian ini, KPS terdiri daripada lima subKPS iaitu memerhati (KPS 1), mengelas (KPS 2), meramal (KPS 3), berkomunikasi (KPS 4) dan inferensi (KPS 5). Kajian ini mengembangkan empat modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 8 sub-tajuk. Reka bentuk kajian ialah kuasi eksperimen non-equivalent control group design yang melibatkan dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan yang pertama menggunakan modul ICT dan kumpulan rawatan kedua menggunakan modul alam sekitar. Manakala kumpulan kawalan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Kajian ini dijalankan terhadap sekumpulan 96 pelajar di sebuah sekolah menengah di Riau, Indonesia. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah ujian Kemahiran Proses Sains (KPS) yang terdiri daripada lima konstruk. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan analisis inferensi yang melibatkan analisis ANOVA dan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran KPS antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi ICT dan alam sekitar dengan kumpulan konvensional. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan PMP yang diintegrasikan dengan ICT dan alam sekitar telah memberikan kesan positif terhadap perkembangan kemahiran proses Sains dalam kalangan pelajar. Kata kunci: Media Pengajaran, kemahiran proses Sains, pengajaran dan pembelajaran, pendidikan alam sekitar abSTRaCT In the teaching and learning process, the medium used to educate plays an essential role in achieving the educational goals. This study was conducted to determine the effectiveness of the usage of various instructional media (VIM) based on constructivism in the process of science teaching and learning in order to improve the students' basic science process skills (SPS). This study consists of 5 sub SPS, namely observation (SPS 1), categorization (SPS 2), prediction (SPS 3), communication (SPS 4) and inference (SPS 5). This study developed four printed and multimedia learning modules consisting of 8 sub-topics. The research design was non-equivalent control group design quasi experimental involving two treatment groups and one control group. The first treatment group used ICT module and the second treatment groups used the environmental module. On the other hand, the control group followed the conventional teaching and learning module. The study was conducted on a group of 96 students at a secondary school in Riau, Indonesia. The instrument used in this research is Science Process Skills (SPS) test, consisting of five constructs. Descriptive quantitative analysis was employed on the findings followed by subsequent inferential analysis using ANOVA and MANOVA. The findings showed significant Jurnal Pend 37(1) Bab 1.indd 1 11/1/2013 3:29:08 PM
Uploads
Thesis Chapters by Nor Azizah bt Junid