SINOPSIS Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi 'pengujian d... more SINOPSIS Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi 'pengujian dan penilaian' sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu sendiri. Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan; ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran; iii. Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta penilaian alternatif. PENTAKSIR AN PSV Pentaksiran Pengujian Penilaian (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru 'mengajar' dan pelajar 'belajar'. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti 1 empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Uploads
Papers by Noel Jagan