Papers by Mohamad Hilmi Mat Said

International Journal of Humanities Technology and Civilization
Mosques have become proof of the spread of Islam in a place including in the state of Pahang. The... more Mosques have become proof of the spread of Islam in a place including in the state of Pahang. The construction of new mosques has caused some of the old mosque buildings to no longer be used and to change functions. However, some of them have an important connection with the history and Islamic civilization in the state of Pahang. This happens because of the absence of proper and perfect management and supervision. Therefore, this study was conducted to reflect the concern for the valuable heritage in the state of Pahang. In particular, it aims to detect and identify the existence of old mosques in the state of Pahang, study the current methods of their conservation and develop a guideline for the conservation of heritage mosques in the state of Pahang. The methodology of this study is conducted through field observation, interviews, document review and data obtained through qualitative methods. As a result, the study has shown that the state of Pahang has old mosques that have the ...
International Journal of Humanities Technology and Civilization
ABSTRAK-Disiplin muzium dapat dianggap sebagai institusi moden yang dinamik. Hal ini antara lainn... more ABSTRAK-Disiplin muzium dapat dianggap sebagai institusi moden yang dinamik. Hal ini antara lainnya berpunca daripada keterbukaan institusi ini dengan falsafah pasca kolonialism. Ia adalah suatu falsafah kemanusiaan moden yang banyak mencabar kepincangan teori keilmuan silam. Kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan yang bakal meneliti pengaruh falsafah pasca kolonialism dalam bidang muzium. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengaruh falsafah pasca kolonialism dalam bidang muzium dapat dikesan dalam tiga perkara utama iaitu kemunculan Kesedaran Muzium Baru, isu universal muzium dan isu dekolonialisasi daripada pengaruh muzium kolonial.

Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid ya... more Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima) yang dinamakan sebagai kaedah Yadun. Kaedah Yadun menggunakan teknik padanan lima jari tangan dengan bilangan lima hukum tajwid yang melibatkan nun sakinah dan tanwin dan dibahagikan kepada tiga tahap pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Yadun terhadap penguasaan murid melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin. Dengan menggunakan reka bentuk pretest-posttest control group design, seramai 29 orang murid dipilih secara rawak bertujuan untuk mengikuti kaedah Yadun manakala 29 orang murid lagi mengikuti kaedah pembelajaran biasa. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah Yadun telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan nun sakinah dan tanwin (hukum lima). Kaedah Yadun juga mampu membantu murid memahami, mengingati dan menguasai hukum Iklab, Idgham Bila Ghun...

Al-Qur’a>n al-Kari>m merupakan mukjizat teragung yang dianugerahkan Allah s.w.t ke atas bag... more Al-Qur’a>n al-Kari>m merupakan mukjizat teragung yang dianugerahkan Allah s.w.t ke atas baginda Rasulullah s.a.w. Ia merupakan sebuah kitab yang tiada sebarang keraguan dan berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia ke jalan kebenaran. Al-Qur’a>n seharusnya menjadi rujukan utama dalam kehidupan. Dewasa ini pelbagai permasalahan sosial timbul dalam kalangan pelajar dan remaja termasuklah golongan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan konsep-konsep asas al-quwwah al-insa>niyyah berdasarkan al-Qur’a>n untuk membangunkan suatu program bagi meningkatkan prestasi pembangunan insan . Konsep al-quwwah al-insa>niyyah bermaksud ciri-ciri keinsanan yang memiliki kekuatan dan kemantapan diri, kesungguhan dan ijtihad yang jitu, keutuhan jati diri, berpengetahuan, bertamadun, mencintai kebaikan, keamanan, bertanggungjawab, rela berkorban, bersiap siaga dalam menempuh cabaran, dugaan dan rintangan...

KnE Social Sciences
e-Tajweed Yadun is a mobile application developed for learning the science of tajweed effortlessl... more e-Tajweed Yadun is a mobile application developed for learning the science of tajweed effortlessly and efficiently. The application can be simply downloaded and accessed anytime, anywhere. It involves a combination of multimedia and creative graphic elements of a ‘Yadun’ model which is an Arabic term for ‘hand’. e-Tajweed Yadun aims to create an interactive self-learning environment for deeper understanding and memorization of specific tajweed laws that could be burdensome when learned via books and conventional drills. The development of e-Tajweed Yadun involved five phases, namely theoretical study and needs analysis, model development, prototype design, prototype development and evaluation. e-Tajweed Yadun is a new alternative technique to learn the science of tajweed, particularly for Muslim students, as a guide while reading the Qur’an. Keywords: e-Tajweed, Yadun, application, innovation

ASEAN COMPARATIVE EDUCATION RESEARCH JOURNAL ON ISLAM AND CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, Sep 9, 2021
Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan ... more Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan suatu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru. Guru yang kreatif dan inovatif akan cuba menjana idea untuk menghasilkan BBM yang berinovasi bagi memastikan proses PdP dapat mencapai matlamat yang sepatutnya. Maka penulisan aktikel ini adalah untuk menjelaskan tentang pembangunan BBM berbentuk inovasi yang boleh digunakan dalam PdP ilmu tajwid yang dinamakan sebagai Tajwid Yadun. Asas pembangunan inovasi ini diadaptasi dari model reka bentuk pengajaran Model ADDIE (2003) yang mempunyai lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Dapatan menunjukkan Inovasi Tajwid Yadun yang dihasilkan dalam bentuk model tangan yang memberikan penekanan kepada kemahiran mengingat menghasilkan pembaharuan dalam PdP ilmu tajwid untuk mewujudkan PdP yang berkesan. Implikasi kajian ini juga dapat memberi nilai tambah dalam mempelbagaikan BBM yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP ilmu tajwid. Justeru itu, para guru harus memberikan penekanan kepada aspek inovasi dalam PdP ilmu tajwid agar ianya lebih menarik, membantu meningkatkan daya ingatan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu tajwid yang seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya semasa membaca al-Quran. Kata kunci: bahan bantu mengajar, inovasi, tajwid yadun, menarik minat

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi indivi... more Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun menjadi persoalannya sejauh mana falsafah tersebut berjaya diterapkan oleh para Pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran mereka. Manakala konsep Pendidikan menurut Islam ialah melahirkan manusia yang mempunyai pendirian dan keyakinan yang kukuh terhadap idealism Islam. Bagi memastikan tercapainya falsafah Pendidikan Negara dan selari dengan kehendak Islam pengkaji merasakan telah tiba masanya konsep al-Quwwah al-Insaniyyah menurut perspektif al-Quran diterapkan dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Al-Quwwah al-Insaniyyah bermaksud ciri-ciri keinsanan yang memiliki kekuatan dan kemantapan diri, kesungguhan dan ijtihad yang jitu, keutuhan jati diri, berpengetahuan, bertamadun, menci...

ʻUlūm Islāmiyyah Journal, 2014
Khusyuk dalam solat merupakan faktor utama yang memberi kesan positif kepada individu yang mendir... more Khusyuk dalam solat merupakan faktor utama yang memberi kesan positif kepada individu yang mendirikan solat sehingga diiktiraf sebagai orang mukmin yang berjaya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud:"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya". Walaupun khusyuk tidak termasuk antara syarat-syarat sah solat dan rukun-rukun solat namun ia bukan bererti kita boleh meremehkanya bahkan ia tetap merupakan suatu tuntutan. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang dikemukakan sebagai garis panduan ke arah pelaksanaan ibadah solat yang khusyuk dan sempurna. Namun tiada kaedah pengukuran yang boleh mengukur tahap khusyuk yang cuba dicapai oleh seseorang individu. Keberkesanan pengajaran tentang solat boleh dinilai melalui penilaian yang dijalankan ke atas setiap pelajar sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Aspek penilaian merangkumi penguasaan terhadap ketiga-tiga rukun dalam solat. Justeru pengkaji berpendapat sekiranya elemen khusyuk turut diterapkan dalam proses penilaian sedia ada sudah pasti pelajar mendapat pendedahan ke arah pelaksanaan ibadah solat yang lebih sempurna. Kajian ini dilaksanakan dengan memperkenalkan teknik tambahan terhadap penilaian solat. Proses penilaian yang dilaksanakan meliputi penggunaan inventori kesempurnaan solat yang dijalankan secara lisan dan amali. Selain itu prestasi solat pelajar juga dinilai menggunakan teknik biofeedback. Melalui teknik ini, paras psikofisiologi pelajar dikesan menggunakan alatan biofeedback. Data yang diambil menunjukkan prestasi Heart Rate Variability (HRV) pelajar semasa menunaikan solat. Proses pengambilan data melibatkan 20 orang pelajar yang dinilai semasa mereka sedang mendirikan solat. Hasil kajian mendapati teknik yang dilaksanakan berupaya mengukur sejauhmana pelajar menguasai rukun solat dan khusyuk. Kajian ini juga berupaya mengesan keseimbangan dalam spectrum HRV semasa pelajar menunaikan ibadah solat.
Malaysia University Conference Engineering Technology, Oct 11, 2014
Uploads
Papers by Mohamad Hilmi Mat Said