Papers by Faridah Haji Puteh
Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 2014
Dalam menetapkan objektif pengajaran, guru hendaklah membuat pertimbangan seperti berikut: 1. Obj... more Dalam menetapkan objektif pengajaran, guru hendaklah membuat pertimbangan seperti berikut: 1. Objektif berkenaan hendaklah jelas. 2. Objektif hendaklah disusun secara berperingkat berdasarkan kepada kebolehan pelajar. 3. Hendaklah objektif itu merangkumi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai. 4. Sekurang-kurangnya objektif berkenaan dapat menyatakan apa yang pelajar harus lakukan dan boleh buat, peringkat pencapaian serta situasinya.

JES (Vol. 8 No. 2) E-ISSN 2685-1849, 2019
ABSTRAK: Wakaf merupakan salah satu sumber yang sangat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi se... more ABSTRAK: Wakaf merupakan salah satu sumber yang sangat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi sejak awal pemerintahan Islam lagi dan perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Peranan wakaf secara menyeluruh bukan hanya setakat kepada aspek keugamaan, malahan perlu menitikberatkan juga kepada pembangunan sosio-ekonomi terutamanya aspek pertanian. Sebagaimana wakaf dalam aspek pertanian telah wujud sejak dahulu lagi berdasarkan wakaf pertama yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Umar bin al-Khattab telah mewakafkan tanah kebun kurma yang terletak di Khaibar. Sejak dari itu, perkembangan wakaf dalam bidang pertanian telah banyak diusahakan dari pelbagai negeri seperti Mesir, Turki, Singapura, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi. Seiring dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, aktiviti pertanian di Negara Brunei Darussalam menampakkan kegigihan untuk terus mengembangmajukan ekonomi negara berdasarkan matlamat Wawasan 2035 sebagai hasrat kemakmuran yang ingin dicapai pada masa hadapan. Dengan itu, kertas kerja ini adalah satu usaha bertujuan untuk membuka mata masyarakat dengan mengemukakan cadangan berkaitan pengendalian pertanian berasaskan kaedah Islam melalui potensi wakaf. Kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan kaedah perpustakaan melalui penelitian kepada artikel dan penyelidikan terdahulu. Harapan kajian adalah untuk membuka mata masyarakat tentang potensi wakaf dalam memajukan ekonomi khususnya pada aspek pertanian untuk membantu membangun negara dan membina kesejahteraan hidup masyarakat.
Sebelum menjelaskan tentang kajian tindakan dengan lebih lanjut adalah perlu diketahui tentang de... more Sebelum menjelaskan tentang kajian tindakan dengan lebih lanjut adalah perlu diketahui tentang definisi kajian tindakan/penyelidikan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang penyelidikan ini sendiri. Salah satu daripada definisi yang dinyatakan oleh Mc.Milan & Schumacher (1977), bahawa penyelidikan merupakan satu proses sistematik dalam mengumpul dan menganalisis data atau maklumat untuk tujuan-tujuan tertentu. Manakala Kerlinger (1986) menyatakan bahawa penyelidikan itu adalah satu penyelidikan terhadap fenomena semula jadi yang dilaksanakan secara sistematik, berempirikal, terkawal dan begitu kritikal berpandukan teori serta hipotesis tentang pertalian atau ikatan yang diandaikan wujud di antara fenomena-fenomena berkenaan.
Uploads
Papers by Faridah Haji Puteh