Book Reviews by Fara Azeerin
Nabila creatives, 2021
Buku yang menampilkan tips dalam penampilan diri seorang penjawat awam mahupun pekerja swasta. Pe... more Buku yang menampilkan tips dalam penampilan diri seorang penjawat awam mahupun pekerja swasta. Penampilan diri adalah pembentukan diri seseorang agar kelihatan menarik dari segi fizikal dan keperibadian yang terpuji. Secara umumnya apabila kite menyebut keterampilan diri, ianya mestilah berkaitan dengan pengayaan diri dan imej peribadi dan perkara yang perlu terangkum dalam pengayaan diri dan imej peribadi adalah personaliti, komunikasi dan penampilan diri.

Buku Panduan Mendraf Pola Dengan Mudah ini dapat memberi panduan kepada pengguna atau pembaca yan... more Buku Panduan Mendraf Pola Dengan Mudah ini dapat memberi panduan kepada pengguna atau pembaca yang berminat untuk mempelajari cara mendraf pola pakaian. Walaupun tanpa mengikuti kelas jahitan pembaca atau pengguna buku Panduan Mendraf Pola Dengan Mudah ini dapat membantu orang ramai di dalam memahami dan mempelajari dengan lebih mudah menghasilkan pola samada di rumah atau dimana-mana sahaja. Penggunaan ayat mudah difahami beserta penerangan melalu gambar pola dang langkah-langkah mendraf memudahkan pembaca untuk memahami segala jenis pola yang ada di dalam buku Panduan Mendraf Pola Dengan Mudah ini.
Buku ini dapat memberi gambaran awal kepada pembaca di dalam menghasilkan pola walaupun tidak mengikuti kelas amali mendraf pola di kelas jahitan secara formal. Dengan adanya buku yang menerangkan secara terperinci cara mendraf pola para pembaca boleh membuat pola dengan mudah dan dapat menghasilkan pola mengikut setiap langkah yang dinyatakan secara satu persatu di dalam buku Panduan Mendraf Pola Dengan Mudah ini.
Justeru itu, buku ini memberi peluang kepada orang ramai dalam mendraf pola tanpa memerlukan pengajar untuk memantau mereka untuk menghasilkan pola pakaian. Antara cara mendraf pola yang ada di dalam buku ini adalah seperti pola fishtail blouse, pola cardigan, pola kemeja wanita, pola membuat lengan baju dan pola skirt panel. Buku yang dihasilkan ini boleh digunakan di dalam kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti sebagai sumber rujukan kepada pengajar dan juga peserta kursus yang mana saya lihat tiada buku yang boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan untuk para peserta.
Harapan saya, buku ini dapat dimanfaatkan kepada semua pembaca dan pengguna yang meminati bidang jahitan disamping itu ia juga boleh digunakan untuk membantu mereka dalam menghasilkan pakaian serta dapat menjana pendapatan.
Papers by Fara Azeerin

Polyccrise2021, 2021
Kostum kebangsaan yang dipertandingkan di pentas Miss Universe adalah representasi kerencaman fes... more Kostum kebangsaan yang dipertandingkan di pentas Miss Universe adalah representasi kerencaman fesyen, bentuk dan ragam hias yang menampilkan identiti dan nilai budaya. Pengaruh asimilasi budaya dan fenomena kehidupan moden yang sentiasa berubah secara tidak langsung mempengaruhi rekaan kostum kepada kontemporari sifatnya. Inspirasi tradisi Melayu dalam reka bentuk fesyen telah dikenali sebagai cerminan keindahan dan kesenian budaya. Kekurangan elemen tradisi Melayu dalam reka bentuk busana kostum kebangsaan Miss Universe menjadikan penyelidikan beranggapan dan cenderung membina pemahaman yang menarik tentang identiti pakaian yang telah melalui fasa perubahan yang berbeza. Unsur-unsur yang terdapat dalam kostum kebangsaan boleh dianggap sebagai inspirasi elemen reka bentuk, yang tidak mempunyai identiti serta lebih kepada pengaruh negara luar. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen reka bentuk tradisional yang dapat memainkan peranan penting dalam mewujudkan identiti sesebuah negara. Kajian ini mengaplikasikan metodologi kualitatif melalui kajian kes dan temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk analisis tematik dan dapatan analisis dilakukan dengan bantuan perisian ATLAS-ti. Hasil dapatan mendapati identiti pakaian tradisional Melayu dapat diperkukuhkan dengan menyampaikan kaedah penilaian prinsip estetika Melayu dalam rekaan kostum.
Abstrak – Kajian ini dijalankan bertujuan untuk penambahbaikkan di dalam proses pembelajaran dan ... more Abstrak – Kajian ini dijalankan bertujuan untuk penambahbaikkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Illustration Tracing Box di Kolej Komuniti Temerloh dilihat dapat membantu masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain daripada itu kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan Illustration Tracing Box dalam modul Ilustrasi Fesyen. Sampel kajian dijalankan keatas pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian semester satu dan semester tiga Kolej Komuniti Temerloh. Instrumen kajian adalah melalui borang soal selidik untuk menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan Illustration Tracing Box. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 2016 telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis keputusan menunjukkan terdapat perbezaan ketara sebelum dan selepas penggunaan Illustration Tracing Box terhadap pelajar.
Uploads