Papers by Azima Abdul Manaf

Kompetensi Keusahawanan (KK) dan Orientasi Keusahawanan Individu (OKI) mempunyai peranan penting ... more Kompetensi Keusahawanan (KK) dan Orientasi Keusahawanan Individu (OKI) mempunyai peranan penting dalam meningkatkan prestasi perniagaan. Tahap KK dan OKI yang lemah akan menyebabkan sistem pengurusan dan prestasi perniagaan yang lemah. Objektif kajian ini adalah mengukur tahap kompetensi keusahawanan (KK) dan tahap orientasi keusahawanan individu (OKI) dalam kalangan para usahawan belia yang mengendalikan perniagaan kecil dan juga menganalisis hubungan antara KK dan OKI dengan prestasi perniagaan. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen mengukur pembolehubah kajian. Prosedur persampelan berkelompok telah digunakan iaitu melibatkan kelompok usahawan belia daripada Kumpulan Bazar Johor dalam platform Telegram seramai 282 orang. Teknik analisis inferens yang digunakan bagi menganalisa hubungan antara kompetensi keusahawanan (KK), Orientasi Keusahawanan Individu (OKI) terhadap prestasi perniagaan kecil ialah analisis korelasi Spearman dan regresi berganda dengan bootstrapping. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan usahawan belia mempunyai tahap kompetensi keusahawanan (KK) dan tahap orientasi keusahawanan individu (OKI) yang tinggi. Berdasarkan analisis inferens pula, terdapat hubungan yang signifikan antara KK dan OKI dengan prestasi perniagaan. Hasil dapatan membuktikan KK dan OKI mempunyai hubungan positif yang signifikan mempengaruhi prestasi perniagaan kecil milik usahawan belia. Implikasi penemuan ialah modul bagi meningkatkan kompetensi keusahawanan dan orientasi keusahawanan perlu diterapkan secara berterusan bagi meningkatkan potensi perniagaan usahawan belia ke tahap lebih tinggi.

Penyediaan perumahan mampu milik menjadi keutamaan di setiap negara dunia, namun perumahan mampu ... more Penyediaan perumahan mampu milik menjadi keutamaan di setiap negara dunia, namun perumahan mampu milik sering merujuk kepada dasar berkaitan perumahan yang berbeza di antara kerajaan dan setiap pihak berkuasa serta bergantung kepada demografi masyarakat, masalah perumahan mampu milik yang dihadapi oleh sesebuah negara serta indikator kemampuan dan ciri penentu yang digunakan oleh negara tersebut. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kemampuan memiliki rumah menjadi istilah yang biasa digunakan untuk meringkaskan masalah kesukaran perumahan di banyak negara. Namun persoalan yang lebih penting, adakah individu atau isi rumah yang juga pengguna akhir memahami makna rumah mampu milik. Ini kerana perumahan mampu milik banyak memfokuskan kepada isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran rumah mampu milik. Begitu juga penilaian tahap mampu milik, tetapi terhad kepada nisbah harga dan pendapatan, sedangkan indikator-indikator ini menunjukkan gambaran mengenai kemampuan perumahan yang tidak lengkap, kerana ia hanya menilai kemampuan jangka pendek sambil mengabaikan kemampuan jangka panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman individu atau isi rumah mengenai makna rumah mampu milik sama ada yang belum dan telah memiliki rumah. Tahap pemahaman dinilai berdasarkan tiga dimensi iaitu dimensi ekonomi, ekologi dan sosial. Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan borang soal selidik dalam bentuk google forms melibatkan seramai 357 orang penjawat awam dalam Kumpulan B40 di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bagi dimensi sosial lebih tinggi berbanding dimensi ekologi dan ekonomi.Hasil kajian ini membolehkan pemain industri mengenal pasti elemen yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan dasar atau polisi perumahan yang komprehensif supaya dapat memenuhi keperluan individu khususnya kepada bakal pembeli rumah yang berpendapatan rendah.
Geografia: Malaysian journal of society and space, 2015

Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikena... more Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikenali sebagai iron triangle. Dalam konteks projek pembangunan pula, pencapaian impak projek merupakan kriteria kejayaan projek yang penting di samping pencapaian iron triangle. Pencapaian kriteria kejayaan projek ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang perlu dikenal pasti oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek. Dalam hal ini, pengurus projek dilihat mempunyai kapasiti tanggungjawab yang paling besar terhadap kejayaan projek. Oleh itu, pengurus projek perlu memahami konteks projek dengan menyeluruh dalam menentukan pencapaian kejayaan projek. Oleh yang demikian faktor personaliti ditekankan kerana dapat menggambarkan pemahaman dan kecenderungan individu terhadap persekitarannya dengan konsisten. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam menentukan kejayaan mengurus sesebuah projek pembangunan. Kajian kuantitatif dijalankan menggunakan kaji selidik personaliti berdasarkan Model Personaliti Lima Faktor dan persepsi terhadap keberkesanan mengurus projek. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan pengurus projek yang bertugas di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah seramai 80 orang. Hasil kajian dianalisis menggunakan kolerasi Pearson dan regresi linear berganda untuk menjelaskan pengaruh personaliti pengurus projek terhadap keberkesanan mengurus projek. Keputusan kajian mendapati kebersetujuan, keberhemahan,ekstroversi dan keterbukaan mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan mengurus pengurus projek. Analisis mendapati ekstroversi dan kebersetujuan merupakan faktor yang paling dominan dalam menentukan keberkesanan mengurus projek. Oleh itu, faktor ciri personaliti pengurus projek perlu diberikan penekanan khusus dalam menentukan keberkesanan kejayaan mengurus projek pembangunan.

e-Bangi, Nov 11, 2017
Penghijrahan masyarakat pulau ke kawasan darat Mersing dikatakan lebih terdorong untuk mencari ke... more Penghijrahan masyarakat pulau ke kawasan darat Mersing dikatakan lebih terdorong untuk mencari kehidupan yang lebih terbuka di samping berusaha mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik terhadap anak-anak mereka. Kajian telah dijalankan dikalangan orang-orang pulau yang tinggal di Kampung Sri Bahagia Mersing. Penelitian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam dengan orang-orang pulau yang terlibat dengan penyewaan tanah atau rumah di Kampung Sri Bahagia. Analisis mendapati majoriti mereka merupakan penyewa tanah mahupun penyewa rumah di kawasan kajian. Justeru itu, fokus kajian lebih menumpu kepada isu yang dihadapi oleh penduduk pulau dalam usaha untuk memiliki hartanah di kawasan darat Mersing. Hasil kajian mendapati orang-orang pulau di kawasan darat berdepan dengan beberapa isu pemilikan hartanah. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk pulau termasuklah perjanjian dalam bentuk kontrak yang kurang jelas antara pemilik dan penyewa serta pemilik tidak mempunyai surat hakmilik yang jelas setelah tanah dibeli. Fenomena ini jika dibiarkan berlanjutan akan memberi kesan terhadap proses pembangunan pada masa depan. Sehubungan itu, artikel ini juga turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian. Antaranya termasuklah pemantauan terhadap proses jual beli dan syarat perjanjian penyewaan tanah atau rumah di kampung Sri Bahagia. Kata kunci: hak milik tanah,penyewa tanah dan penyewa rumah ABSTRACT Migration of island community to the mainland of Mersing was motivated by the desire to find better economic and educational opportunities for their children. A study was conducted to investigate what has been the situation regarding land ownership among the people who upon migration are presently living in the village of Sri Bahagia Mersing. The study was carry out using qualitative methods through in-depth interviews with the people who have either owned or are renting land or houses in Kampung Sri Bahagia. Results show that the majority are facing several problems relating to land ownership. Among the problems are vague/unclear contract between the owner and tenant and the absence of valid land title after land purchase on the part of land owners. This phenomenon, if allowed to continue, will affect the process of development in the future. This article also suggests some steps that can be taken by relevant individuals responsible for the affected areas under study. Some of these steps include monitoring of the process of sale or rental of land or houses at Kampung Sri Bahagia.

Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikena... more Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikenali sebagai iron triangle. Dalam konteks projek pembangunan pula, pencapaian impak projek merupakan kriteria kejayaan projek yang penting di samping pencapaian iron triangle. Pencapaian kriteria kejayaan projek ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang perlu dikenal pasti oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek. Dalam hal ini, pengurus projek dilihat mempunyai kapasiti tanggungjawab yang paling besar terhadap kejayaan projek. Oleh itu, pengurus projek perlu memahami konteks projek dengan menyeluruh dalam menentukan pencapaian kejayaan projek. Oleh yang demikian faktor personaliti ditekankan kerana dapat menggambarkan pemahaman dan kecenderungan individu terhadap persekitarannya dengan konsisten. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam menentukan kejayaan mengurus sesebuah projek pembangunan. Kajian kuantitatif dijalankan menggunakan kaji selidik personaliti berdasarkan Model Personaliti Lima Faktor dan persepsi terhadap keberkesanan mengurus projek. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan pengurus projek yang bertugas di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah seramai 80 orang. Hasil kajian dianalisis menggunakan kolerasi Pearson dan regresi linear berganda untuk menjelaskan pengaruh personaliti pengurus projek terhadap keberkesanan mengurus projek. Keputusan kajian mendapati kebersetujuan, keberhemahan,ekstroversi dan keterbukaan mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan mengurus pengurus projek. Analisis mendapati ekstroversi dan kebersetujuan merupakan faktor yang paling dominan dalam menentukan keberkesanan mengurus projek. Oleh itu, faktor ciri personaliti pengurus projek perlu diberikan penekanan khusus dalam menentukan keberkesanan kejayaan mengurus projek pembangunan.
Geografia: Malaysian journal of society and space, Sep 18, 2017
Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang men... more Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan merujuk khusus kepada peruntukan tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Minang di Kuala Pilah,

e-Bangi, Jan 31, 2021
Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana ... more Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana pembeli pada masa kini lebih tertarik dengan pelbagai kemudahan lengkap yang disediakan. Namun begitu, pengurusan fasiliti yang tidak berkesan sering menjadi masalah kepada penghuni dan dibangkitkan di dalam media. Kajian ini memfokuskan kepada kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dimensi kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata dan menganalisis tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Kaedah kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi pilihan jawapan dan soalan terbuka. Seramai 300 orang responden yang merupakan para penghuni terlibat di dalam kajian ini. Terdapat empat aspek pengurusan fasiliti yang dinilai iaitu modal insan, teknologi, proses dan premis dengan melihat kepada enam dimensi kepuasan penghuni iaitu bukti fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, empati dan kualiti teknikal. Analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata adalah pada tahap sederhana. Keenam-enam dimensi kepuasan penghuni juga berada pada tahap sederhana. Keadaan ini menjelaskan bahawa pihak pengurusan fasiliti perlu memberikan perhatian terhadap beberapa kelemahan yang berkait dengan keselesaan penghuni di kawasan kajian seperti kemudahan lif dan penyelenggaran kemudahan lain. Sehubungan itu kajian ini secara implikasinya memberikan perhatian keperluan memberikan fokus terhadap isu pengurusan fasiliti agar tahap kepuasan pengguna terhadap perumahan berstrata dapat memenuhi kepuasan penghuni Kata kunci: Kepuasan penghuni, pengurusan fasiliti, perumahan berstrata ABSTRACT Stratified housing is increasingly being preferred especially in urban areas as today's buyers are more attracted to the various facilities provided. However, ineffective facility management is often a problem for residents and is raised in the media. This study focuses on the residents' satisfaction on facilities management in stratified housing. The objective of this study is to identify the dimensions of the residents' satisfaction on facilities management in the stratified housing. A quantitative method was used in this study by distributing questionnaires to the residents. A total of 300 respondents were involved in this study. There are four aspects of facilities management which are human resources, technology, processes and premises that are evaluated by the six dimensions of the residents' satisfaction which are

International Journal of Scientific & Technology Research, Nov 25, 2020
Semarang district is a hinterland of Semarang city and a strategic location for industrial activi... more Semarang district is a hinterland of Semarang city and a strategic location for industrial activity development. One of the sub-district is East Ungaran, that have 16 factories and able to employ 12.551 factory workers. The fast-growing of the industrial sector is causing huge employment and affected the demand for temporary rental housing. By One Million Houses Program, the government attempted to provide an adequate and affordable rental housing, that is Ungaran Low Cost Apartment for single factory workers. However, from 104 units of available rooms, there are only 29 units that were occupied by single factory workers. On the other side, there is another housing alternative, that is rent house/boarding house which is provided informally by people around the factory. This research intends to describe the characteristic of rental housing that is available and the social economy characteristic study region of single factory workers and their preferences toward rental housing choices. This research used a quantitative research method and analyzed by Descriptive Statistic and Likert Scale. This research used 100 single factory workers as samples. The result of this research is rental housing that was occupied by single factory workers in East Ungaran can be divided into 2 typologies, that are Ungaran Low Cost Apartment for single factory workers and rent house/boarding house. Generally, they relatively have a homogenous social economy characteristic. This research found priority order for preferences toward rental housing based on the total mean of importance score, that are room unit condition (4,31), rental housing location (4,30), privacy (4,28), rental housing facilities and utilities (4,21), rental housing price and services (4,21), and the social interactions (4,09). Based on this research, hopefully, there will be further consideration for the housing providers to develop single factory workers rental housing.

Geografia: Malaysian journal of society and space, Sep 19, 2017
Perhubungan di antara komuniti Bidayuh dan tanah adat merupakan satu pertalian yang unik dan komp... more Perhubungan di antara komuniti Bidayuh dan tanah adat merupakan satu pertalian yang unik dan kompleks. Hal ini kerana tanah merupakan nadi dan identiti bagi komuniti Bidayuh dan amat bermakna kepada mereka dan ianya tidak hanya berdasarkan ekonomi semata-mata. Namun, wujudnya jurang makna dalam konteks pemilikan mengakibatkan tanah adat sukar untuk memperoleh pengiktirafan dari segi perundangan formal seterusnya menyebabkan hak-hak sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik komuniti terjejas. Sehubungan itu, kajian ini meneliti kepentingan keperluan komuniti Bidayuh terhadap pemilikan tanah adat yang diiktiraf. Kajian ini melibatkan enam buah kampung di Serian, Sarawak iaitu Kg. Kekai, Kg. Mongkos, Kg. Diang, Kg. Tong Nibong, Kg. Mentu Tapu, dan Kg. Pridan. Data dan maklumat primer diperoleh melalui hasil Focus Group Discussion bersama 53 orang pemilikpemilik tanah adat dan in-depth interview terhadap 17 orang informan. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan komuniti terhadap pengiktirafan pemilikan tanah adat terbahagi kepada empat aspek utama yang merangkumi aspek sosial (identiti budaya, kerohanian, tempat tinggal, pewarisan adat), ekonomi (sumber makanan, ekonomi tradisi dan komersil, persaingan sumber), politik dan undang-undang (perlindungan dan keselamatan tanah, tahap penglibatan dan pemerkasaan, kuasa membuat keputusan dan pelaksanaan pembangunan) dan ekologikal (kelangsungan hidup, persekitaran semula jadi).

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences
Land ownership for Orang Asli is established under the Aboriginal Peoples Act of 1954 (Act 134). ... more Land ownership for Orang Asli is established under the Aboriginal Peoples Act of 1954 (Act 134). However, this provision does not protect the Orang Asli's position in terms of land ownership. This has led to claim after claim for land as a result of the competitiveness and conflict that arise in development. The objectives of this research were to analyze the elements of communal land from an expert's perspective using the Fuzzy Delphi method. The Fuzzy Delphi method was used in this quantitative study and a total of 11 experts in the field of land administration related to the development of Orang Asli have been interviewed to get their perspectives on the issue of this research. A questionnaire designed for this study's data collection was based on the results of previous research. The data was analyzed using Microsoft Excel software and the defuzzification process was used to quantify the significance of communal land components in order to determine the defuzzification score value and address the research objectives. According to the findings of the expert consensus based on the importance of defuzzification, the element of Orang Asli identity is the major element with a defuzzification score value of 0.851. This is because land is viewed as a valuable resource that significantly contributes to self-esteem, economy, biodiversity, purity, and spirituality. There is, however, a lack of agreement among experts about the social element, which has a defuzzification score of 0.798 since development on the land owned by this community could dismantle family and solidarity ties among Orang Asli. The implication is that this aspect of communal land should be highlighted in the development of better and clear land ownership for the Orang Asli community. Following that, the research's findings can assist JAKOA in enacting policies related to Orang Asli customary land in order to protect their land ownership.
Malaysian Journal of Society and Space

Akademika
Modal intelektual adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kesan kepada prestasi perusahaan mik... more Modal intelektual adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kesan kepada prestasi perusahaan mikro dan kecil (PMK). Makalah ini bertujuan membincangkan sorotan karya bentuk naratif bagi memahami konsep modal intelektual dan kaitannya dengan prestasi perniagaan. Menerusi sorotan literatur naratif maka satu analisis komprehensif, kritikal dan objektif mengenai pengetahuan semasa yang ada mengenai modal intelektual dan prestasi perniagaan dapat dikenal pasti dan membantu pembinaan kerangka konseptual teoritis yang inklusif dan selari dengan arus kajian semasa. Penemuan menunjukkan modal intelektual, yang terdiri daripada 3 dimensi iaitu modal insan, modal hubungan dan modal struktural, adalah pembolehubah penting dalam kajian mengenai pengurusan prestasi perniagaan. Asas kepada penciptaan kelebihan bersaing dan nilai tambahnya adalah berteraskan teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV). Di samping itu pengintegrasian perspektif Model Modal Intelektual Bersepadu (IICM) telah mengembangk...

e-Bangi, Jan 31, 2020
Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti... more Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat.

e-Bangi, Jan 31, 2021
Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana ... more Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana pembeli pada masa kini lebih tertarik dengan pelbagai kemudahan lengkap yang disediakan. Namun begitu, pengurusan fasiliti yang tidak berkesan sering menjadi masalah kepada penghuni dan dibangkitkan di dalam media. Kajian ini memfokuskan kepada kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dimensi kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata dan menganalisis tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Kaedah kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi pilihan jawapan dan soalan terbuka. Seramai 300 orang responden yang merupakan para penghuni terlibat di dalam kajian ini. Terdapat empat aspek pengurusan fasiliti yang dinilai iaitu modal insan, teknologi, proses dan premis dengan melihat kepada enam dimensi kepuasan penghuni iaitu bukti fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, empati dan kualiti teknikal. Analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata adalah pada tahap sederhana. Keenam-enam dimensi kepuasan penghuni juga berada pada tahap sederhana. Keadaan ini menjelaskan bahawa pihak pengurusan fasiliti perlu memberikan perhatian terhadap beberapa kelemahan yang berkait dengan keselesaan penghuni di kawasan kajian seperti kemudahan lif dan penyelenggaran kemudahan lain. Sehubungan itu kajian ini secara implikasinya memberikan perhatian keperluan memberikan fokus terhadap isu pengurusan fasiliti agar tahap kepuasan pengguna terhadap perumahan berstrata dapat memenuhi kepuasan penghuni Kata kunci: Kepuasan penghuni, pengurusan fasiliti, perumahan berstrata
Geografia: Malaysian journal of society and space, 2015

Marine Park Malaysia is endorsed under Section 41- 45 Fishing Act 1985. Realization of the Marin... more Marine Park Malaysia is endorsed under Section 41- 45 Fishing Act 1985. Realization of the Marine Park Malaysia in 1994 brings 40 islands under its protected area. Among these are islands of Pulau Redang and Pulau Perhentian in Terengganu, Islands of Payar in Kedah, the islands of Tioman in Pahang and islands of Pulau Tinggi in Johor. The establishment of Marine Park Malaysia is to protect and conserve various habitat and aquatic marine life especially coral, flora and fauna. Marine Park Malaysia is endorsed by law and legislation to protect the natural resources around the island and its surrounding. Declaration of Pulau Tinggi as the Marine Park has honoured the efforts to protect natural heritage as well as to enhance the economy of the local people. However, it also has caused some problems to the people inhabiting these islands. This article examines the steps taken to gazette Pulau Tinggi islands as a Marine Park and its impact on the local peoples. It also discus...
Uploads
Papers by Azima Abdul Manaf