Papers by Ahmad Termizi Abdullah
Journal of Contemporary Islamic Studies 10(3) 2024, 2024
The diversity of hibah categories, based on different mawhub (hibah
properties), makes the docume... more The diversity of hibah categories, based on different mawhub (hibah
properties), makes the documentation of the hibah different from the
classical hibah which is more straightforward. This results in various
methods of hibah implementation. Legal professionals, including
advocates, solicitors, and trust companies, have adopted different
practices for executing hibah, tailored to the benefit of their clients.
Clients are given the option to choose products based on their suitability,
considering factors such as maslahah to the parties involved, financial
considerations, and the client's wishes. This paper explores the diversity
of legal professional practices in the implementation of hibah, cash trust
hibah, and charged property hibah, while examining the roles and
functions of each of these practices.

ICONSYAL , 2023
Pengurusan harta pusaka orang Islam di Negara kita menggunakan dwi sistem perundangan, iaitu peru... more Pengurusan harta pusaka orang Islam di Negara kita menggunakan dwi sistem perundangan, iaitu perundangan sivil di bawah bidangkuasa persekutuan, dan perundangan syariah di bawah bidangkuasa negeri. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada orang awam lantaran tiadanya pusat sehenti bagi tuntutan harta pusaka. Secara umumnya, tuntutan harta pusaka dikawal oleh undang-undang di bawah bidangkuasa persekutuan, sedangkan perintah faraid itu pula di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Begitu juga bagi kes-kes tuntutan wasiat dan hibah, ia dikendalikan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri, walhal dalam masa yang sama pengurusan harta pusaka bagi si mati yang sama boleh berjalan secara serentak pada peringkat persekutuan sama ada di Amanah Raya Berhad, dan/atau di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, dan/atau di Mahkamah Tinggi Sivil. Beberapa penambahbaikan perlu dibuat ke atas sistem yang ada ini bagi menyelaraskan sistem pengurusan harta pusaka orang Islam supaya tidak berlakunya kes-kes seperti perintah pengesahan wasiat dan hibah yang dikeluarkan sedangkan perintah turunmilik akibat kematian sama ada dari Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan/atau Mahkamah Tinggi Sivil sudahpun didaftarkan terlebih dahulu bagi harta pusaka yang sama. Proses rayuan dan/atau semakan kehakiman terhadap kesilapan sebegini akan hanya merugikan masa dan kos pihak-pihak yang terlibat. Kertas kerja ini menyorot isu ini bagi membolehkan pihak-pihak yang terlibat memahami sistem yang diamalkan di Negara kita ini dan sama-sama mencari solusi bagi menambahbaik sistem yang ada.
Hibah amanah adalah pemberian harta hibah sama ada berupa hibah hartanah atau hibah tunai, daripa... more Hibah amanah adalah pemberian harta hibah sama ada berupa hibah hartanah atau hibah tunai, daripada pemberi hibah semasa hidupnya kepada penerima hibah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan.

AFRICAN JOURNAL OF BUSINESS MANAGEMENT, 2012
Malaysia is a modern postcolonial state with a written constitution which clearly states 'Islam a... more Malaysia is a modern postcolonial state with a written constitution which clearly states 'Islam as religion of the Federation'. The state gained its independence on August 31, 1957 from the British. This paper aims to discuss the establishment of significant institutions in Malaysia that became significant catalyst to develop the country within its multi-religious population. In the beginning of the 1980s, the government embarked intensively on an Islamisation programme which included an agenda to upgrade the Islamic institutions as well. In fact, much effort has been given by the government in implementing moderate Islam in Malaysia. As a direct result, many institutions were established to promote the agenda and to prove that religion is not a conundrum for progressive country. This is a secret key for the country to succeed in economics, administration, and institutions with its political stability.

SpringerPlus, 2016
Background: Malaysia is a multicultural state comprising three main races: Malays, Chinese and In... more Background: Malaysia is a multicultural state comprising three main races: Malays, Chinese and Indians. The three main religions are Islam, Buddhism and Hinduism. Other religions such as Sikhism and Christianity are also practised. Muslims are the majority comprising 67 % of the population. Methods: This paper is qualitative in nature. It applies historical comparative method in presenting its data. The Undang-undang Melaka (Malacca Laws) was obtained from the monograph available at National Library of Malaysia under the name of Hukum Kanun Melaka. Analysis was done on selected examples from this document. Result: This paper highlights that had there been no introduction to a common law system, Malaysia would have remained with its traditional laws influenced by Islam and its local customs as evident from Undang-undang Melaka (Malacca laws). The Undang-undang Melaka was practised from 1422 to 1444 and the law of the country was developed to accommodate the introduction of civil law during the colonial period. Discussion: One of the unique aspects of multicultural Malaysia is the fact that it has a parallel legal system: sharia and civil law. This paper examines histo-cultural development of the Islamic law as practised in pre-independent Malaysia, as well as the coexistence between these two laws after the independence of Malaya in 1957. Conclusions: This paper concludes that Islamic law in Malaysia is confined to Muslim family matters, while civil law covers all other matters.

ABSTRAK Undang-undang pusaka dalam Islam selalu dikaitkan dengan ketidakadilan kepada wanita. Seh... more ABSTRAK Undang-undang pusaka dalam Islam selalu dikaitkan dengan ketidakadilan kepada wanita. Sehinggakan ada pihak yang memperjuangkan hak sama rata untuk wanita, termasuk hak sama rata dalam pewarisan, mempromosikan supaya faraid itu ditambahbaik (kononnya), supaya lebih sesuai dengan kehidupan moden pada era ini, seolah-olah Tuhan itu jahil akan keperluan hamba-Nya kepada keadilan. Kertas kerja ini menghuraikan tentang hak-hak wanita dalam undang-undang pusaka Islam bagi memberikan penjelasan tentang hak-hak pewarisan bagi waris-waris wanita yang sudah dijamin oleh Islam berdasarkan nas-nas syarak. Kaedah-kaedah pembahagian faraid beserta contoh-contoh diberikan supaya pembaca boleh memahami bahagian waris wanita yang dijamin ini. Disamping itu, kertas kerja ini cuba melihat hikmah disebalik kaedah pembahagian yang ditetapkan dalam Islam ini dengan melihat hak wanita yang secara relatifnya itu kurang berbanding lelaki tetapi sebenarnya banyak berbanding bebanan tanggungjawab yang dipikul oleh golongan lelaki. Kata kunci: Undang-undang pusaka, wanita, pewarisan, faraidh SEJARAH PENSYARIATAN FARAID Pada zaman Arab Jahiliyyah, perwarisan harta pusaka berlaku atas dasar keturunan, perjanjian dan anak angkat. Perwarisan harta pusaka ini hanya diberikan kepada golongan lelaki yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga daripada serangan musuh. Wanita pula tidak diiktiraf sebagai waris harta pusaka kepada sesuatu kematian sama ada kematian bapanya mahupun suaminya. Suatu kisah PERSATUAN

PENGENALAN Persoalan tentang hibah hartanah bercagar semakin hari semakin mendapat perhatian. Ora... more PENGENALAN Persoalan tentang hibah hartanah bercagar semakin hari semakin mendapat perhatian. Orang ramai masih keliru tentang perkara ini. Ada yang mengatakannya sebagai sah dan berkuatkuasa, ada yang mengatakannya sebagai tidak sah dan tidak berkuatkuasa. Sebelum membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci, pembaca terlebih dahulu perlu memahami konsep pemilikan hartan dalam Islam, iaitu konsep pemilikan sempurna (milk al-tam), dan pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis). Seterusnya, penulis akan menghuraikan secara ringkas tentang definisi dan kategori hibah itu sendiri terlebih dahulu. Pembaca perlu memahami tentang kategori hibah bersyarat iaitu hibah 'umra, dan hibah ruqba. Beberapa contoh hibah ruqba yang popular di negara kita seperti hibah takaful, dan hibah amanah juga dijelaskan secara ringkas supaya pembaca dapat memahami konsep sebenar hibah hartanah bercagar dan perbezaannya dengan hibah-hibah yang lain. Disusuli selepas itu pembaca akan dihidangkan secara ringkas tentang perbezaan konsep hibah mengikut fahaman mazhab Syafie dan konsep hibah mengikut fahaman mazhab Maliki. Pemahaman ini adalah penting sebelum perbincangan lanjut tentang perbezaan pendapat ulama' dapat digarapi dengan baik. Beberapa rukun dan syarat hibah yang utama seperti ijab dan kabul, al-qabd, dan al-tasarruf juga perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita memahami tentang liku-liku perbahasan dalam isu hibah hartanah bercagar ini. Seterusnya, kertas kerja ini akan menerangkan tentang kedudukan hibah dalam perundangan di negara kita dan menampilkan beberapa contoh ijtihad hakim mahkamah syariah di negara kita tentang isu hibah hartanah bercagar ini sebagai panduan kita semua.
Hari ini ramai yang keliru tentang perlaksanaan pembahagian faraid dalam pembahagian harta pusaka... more Hari ini ramai yang keliru tentang perlaksanaan pembahagian faraid dalam pembahagian harta pusaka. Apakah kepentingan sijil faraid dalam pembahagian harta pusaka? Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh waris untuk mendapatkan sijil faraid? Apakah undang-undang yang terpakai berkaitan pembahagian faraid di Malaysia? Adakah institusi-institusi atau badan-badan yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka menerimapakai sijil faraid dan pelbagai persoalan lain yang timbul dalam pemikiran orang ramai.
Talks by Ahmad Termizi Abdullah
Dokumentasi hibah dan wasiat hendaklah patuh syariah dan dalam masa yang sama selari dengan undan... more Dokumentasi hibah dan wasiat hendaklah patuh syariah dan dalam masa yang sama selari dengan undang-undang. Kertas kerja ini menekankan keperluan dokumentasi hibah dan wasiat supaya menepati kehendak undang-undang di Negara kita supaya dokumentasi hibah dan wasiat yang dibuat tidak dianggap sebagai satu pelarian undang-undang (escapism) dan/atau sebagai pintu belakang bagi membolehkan perpindahan harta, walhal pada asalnya perpindahan sesuatu harta itu tertakluk kepada undang-undang mengenai harta terbabit yang dikawal mengikut undang-undang sivil. Peguamcara dan peguam syarie dalam penderafan dokumentasi hibah dan wasiat hendaklah memahami amalan terbaik dokumentasi. Penulis menyediakan beberapa contoh penderafan sebagai panduan.

Tiada undang-undang khusus yang mewajibkan pihak-pihak mengekshibitkan Sijil Faraid dalam permoho... more Tiada undang-undang khusus yang mewajibkan pihak-pihak mengekshibitkan Sijil Faraid dalam permohonan Surat Kuasa Pentadbiran (bagi kes kematian tidak berwasiat) di Mahkamah Tinggi. Hal ini menyebabkan banyak pihak memandang enteng tentang keperluan Sijil Faraid dalam pengurusan harta pusaka orang Islam bagi kes pengurusan harta pusaka di Mahkamah Tinggi. Terdapat juga keskes yang menyenaraikan senarai waris bagi si mati secara silap, sama ada atas faktor kejahilan tentang ilmu faraid, atau kerana mengambil peluang atas kelompangan undang-undang. Maka perbuatan sengaja menyembunyikan waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati menjadi 'agak mudah'. Menyedari hal ini, terdapat sesetengah pegawai kehakiman menggunakan kuasa budi bicara mereka dengan mewajibkan pihak-pihak mengekshibitkan Sijil Faraid dalam permohonan bagi mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran. Kertas kerja ini merungkai isu tentang kepentingan dan keperluan Sijil Faraid, risiko ketiadaannya, dan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi mengatasi atau memperbaiki isu ini sebagai solusi bagi pentadbiran harta pusaka 'besar' umat Islam secara lebih telus dan efisien. Kata kunci: sijil faraid, surat kuasa pentadbiran, mahkamah tinggi, pengurusan harta pusaka, senarai waris, pusaka besar

Enakmen Hibah Negeri Kelantan 2022 (EHNK 2022) telah memberikan bidangkuasa yang eksklusif kepada... more Enakmen Hibah Negeri Kelantan 2022 (EHNK 2022) telah memberikan bidangkuasa yang eksklusif kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes-kes yang berkaitan hibah. Bidangkuasa yang diberikan adalah meliputi aspek pengesahan hibah dari segi pematuhan rukun dan syarat hibah. Bahkan EHNK 2022 telah mewujudkan satu perjawatan baru yang dinamakan sebagai Pendaftar Hibah bagi tujuan pendaftaran dan pentadbiran hibah di bawah EHNK 2022. Bidangkuasa yang diberikan kepada mahkamah syariah bukan sahaja berkaitan perkara mal yang berkait kesahan hibah, tetapi juga berkait perkara separa jenayah apabila penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan dinyatakan secara jelas di dalam EHNK 2022. Kertas kerja ini akan melihat beberapa aspek pengurusan hibah di Negeri Kelantan dan menyorot pengalaman tentang amalan hibah di Selangor sebagai contoh perbandingan di samping contoh-contoh perbandingan yang lain.
“Bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes berkaitan hibah memang menjadi isu bagi kes-kes hibah ya... more “Bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes berkaitan hibah memang menjadi isu bagi kes-kes hibah yang berkaitan produk hibah yang hibrid seperti hibah amanah dan juga bagi kes yang melibatkan pusaka dan probet. Manakala bagi kes-kes hibah yang biasa seperti pengesahan hibah bagi isu lafaz (sighah), saksi, qabadh, penarikan balik hibah, hibah hartanah dalam gadaian, hibah semasa maradhul maut, dan sebagainya tidaklah menjadi isu yang ketara. Manakala bagi kes hibah takaful, setakat ini tiada kes yang mempertikaikannya kerana ia jelas diletakkan di bawah kuasa persekutuan apabila ia dikategorikan sebagai perkhidmatan kewangan Islam. Kertas kerja ini akan menyorot tentang isu bidang kuasa mahkamah syariah berkaitan kes hibah dan cabarannya selepas penggubalan Enakmen Hibah Negeri Kelantan 2022.”

PENDAHULUAN Perancangan harta merujuk kepada sebarang usaha dan rancangan persediaan yang perlu d... more PENDAHULUAN Perancangan harta merujuk kepada sebarang usaha dan rancangan persediaan yang perlu dan wajar dilakukan bagi membahagikan dan mengagihkan harta yang dimiliki oleh pemilik harta kepada para waris ataupun bakal penerima harta yang lain, apabila pemilik harta meninggal dunia. Perancangan pembahagian ini dibuat semasa pemilik harta masih hidup. 3 Harta merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia yang ingin dimiliki oleh semua orang sama ada berbentuk daruriyyah, hajiyyat mahupun kamaliyat. Islam tidak melarang manusia untuk mengumpul dan memperoleh harta malah dituntut dalam agama Islam bagi mencapai kesenangan di dunia dan akhirat. Kitaran berkaitan harta dapat dilihat dari aspek pengumpulan, perbelanjaan, penggunaan, penyimpanan dan juga pembahagian. 4 Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Antara bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah, dan nazar. Pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. 5 Kertas kerja ini akan menghuraikan secara ringkas tentang sistem faraid yang digunakan apabila berlakunya tuntutan berkaitan wasiat dan/atau hibah ke atas harta pusaka seorang muslim.
Uploads
Papers by Ahmad Termizi Abdullah
properties), makes the documentation of the hibah different from the
classical hibah which is more straightforward. This results in various
methods of hibah implementation. Legal professionals, including
advocates, solicitors, and trust companies, have adopted different
practices for executing hibah, tailored to the benefit of their clients.
Clients are given the option to choose products based on their suitability,
considering factors such as maslahah to the parties involved, financial
considerations, and the client's wishes. This paper explores the diversity
of legal professional practices in the implementation of hibah, cash trust
hibah, and charged property hibah, while examining the roles and
functions of each of these practices.
Talks by Ahmad Termizi Abdullah
properties), makes the documentation of the hibah different from the
classical hibah which is more straightforward. This results in various
methods of hibah implementation. Legal professionals, including
advocates, solicitors, and trust companies, have adopted different
practices for executing hibah, tailored to the benefit of their clients.
Clients are given the option to choose products based on their suitability,
considering factors such as maslahah to the parties involved, financial
considerations, and the client's wishes. This paper explores the diversity
of legal professional practices in the implementation of hibah, cash trust
hibah, and charged property hibah, while examining the roles and
functions of each of these practices.