Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Wan Ahmad Fauzi diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur pada 23 September 1996. Beliau lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan ijazah LLB (Kepujian) Kelas Dua Atas.
Setelah beramal dengan aktif sebagai peguambela dan peguamcara lebih 11 tahun di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Wan Ahmad Fauzi menceburi pula kerjaya korporat sepenuh masa. Dalam pada itu, beliau juga layak beramal sebagai peguam Syarie bagi Negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Wan Ahmad Fauzi dilantik sebagai pengerusi eksekutif kumpulan syarikat dalam industri pembinaan infrastruktur serta minyak dan gas. Pada tahun 2012, beliau tersenarai dalam The Book of Malaysia Leaders: Political, Government & Corporate.
Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli merangkap Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Penasihat Undang-Undang Majlis Yang Teramat Mulia Dato'-Dato' Undang dan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin Negeri Sembilan, Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Sehingga kini, Wan Ahmad Fauzi masih aktif dalam NGO. Beliau merupakan Waris Amanah Mahaguru Silat Seni Gayong serta pengasas Kor AKWAM 181, sebuah gerakan NGO untuk mempromosikan aktiviti faham kenegaraan sebagai landasan perpaduan nasional.
Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Falsafah (M.Phil), Wan Ahmad Fauzi berjaya memperolehi ijazah doktor falsafah berpangkat cemerlang di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2017, setahun lebih awal dari tempoh tamat pengajiannya dengan tesis PhD bertajuk "Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut sejarah perundangan".
Beliau berjaya memenangi enam Anugerah Buku Negara sejak tahun 2018 dalam kategori undang-undang perlembagaan, kenegaraan dan sosio-budaya. Terakhir ialah Anugerah Perdana Buku Negara 2022 dalam kategori Penulis Buku Ilmiah Diraja melalui buku berjudul Yang di-Pertuan Agong: Kedaulatan, Prerogatif dan Amalan. Kini berjawatan tetap sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan dipinjamkan ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamaddun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Telah menghasilkan ratusan penulisan serta terlibat aktif sebagai pakar perunding dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat kementerian, badan berkanun dan diiktiraf sebagai pengasas jurisprudens watan oleh World Philosophical Forum.
Atas jasa cemerlang buat negara, Wan Ahmad Fauzi dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010. Kurniaan lain yang diterima ialah Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) dan Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT).

less
Related Authors
Noe Cornago
University of the Basque Country, Euskal Herriko Unibertsitatea
Joris Larik
Universiteit Leiden
Mauro Grondona
University of Genova
Nicola Lupo
LUISS Guido Carli
Rafael Domingo Osle
University of Navarra
Ken Pennington
The Catholic University of America
Michael H. Nelson
My Home
Giovanni Boggero
Università degli Studi di Torino
Joas Wagemakers
Utrecht University
Wael Hallaq
Columbia University
Uploads
Papers by Wan Ahmad Fauzi Wan Husain