SELAWAT BARAKAT MAKKIYYAH
Pengenalan.
Kitab Selawat Barakat Makkiyyah ini disusun oleh seorang ulama besar dan wali
Allah dari Pakistan yang bernama Maulana Musa Ruhani Bazi. Beliau seorang
yang warak, bertakwa, zuhud terhadap dunia, seorang mujahid di jalan Allah
swt., penghapus bid’ah, tidak takut cacian para pencaci dalam urusan agama,
memiliki karamah yang banyak dan sangat mulia serta memiliki kedudukan yang
sangat tinggi di sisi Allah swt., sehingga karamah nya beliau menjadi orang
keempat dalam sejarah Islam yang tersebar keharuman syurga dari pusara
beliau. Subhanallah.
Selawat Barakat Makkiyyah adalah sebuah kitab yang mengandungi selawat atas
Lapan Ratus Lima(805) nama Rasulallah saw. Dan sesiapa yang mengamalkan nya
dapat merasakan perasaan cinta dan rindu pada nabi saw. disamping mendapat
fadhilat dan kelebihan lainnya. Sesungguhnya selawat ke atas nabi akan menjadi
kifarah atas dosa2 kita dan perantaraan penambahan harta dan kesucian hidup.
Sesiapa sahaja yang berselawat sekali kepada nabi, akan mendapat 10 kali
selawat daripada Allah swt., peningkatan 10 darjat untuk hambanya, ditulis 10
pahala dan mendapat pengampunan atas 10 dosa hambanya itu.
Sebelum memulai bacaan selawat Barakat Makkiyyah ini kita hendaklah berniat
sedekahkan pahala bacaan kepada Nabi saw, para ahli Bait, para Anbiya,
para Auliya, Ashabul kahfi, pada sahabat2 nabi dan keluarga baginda, pada
Maulana Musa Al-Bazi dan kepada orang2 yang diniatkan oleh Maulana
Zubair(putera kepada Maulana Musa) serta orang2 yang kita ingin niatkan.
SELAWAT BARAKAT MAKKIYYAH
Kaedah bacaan selawat Barakat Makkiyyah;
Alfatihah
Berniat dengan doa
Bacaan Asma Ul-Husna
Bacaan kitab selawat Barakat Makkiyyah
Zikir Tahlil (10 x)
Zikir Istighfar (3 x)
Zikir La Haula wala Quwwata illa Billah (3 x)
Surah al -Ikhlas (3 x)
Selawat Ibrahimiyah
Doa penutup
Selawat istighfar
SELAWAT BARAKAT MAKKIYYAH
Kelebihan dan Fadhilat membaca selawat Barakat Makkiyyah
Antara manfaat yang penting ialah;
Memudahkan segala urusan yang susah.
Kesembuhan dari penyakit yang tiada ubat.
Banyak keberkatan dalam perniagaan.
Menang dalam kes mahkamah.
Kesan sihir pada orang, perniagaan, harta dan rumah akan hilang.
Terlepas daripada keburukan gangguan jin.
Pasangan suami isteri yang mandul akan dimudahkan utuk
Mendapatkan anak.
Seseorang yang tiada anak lelaki akan mudah mendapatkan anak
Lelaki dengan kurniaan Allah.
Selamat dan berjaya dalam musafir serta dapat kembali dengan selamat.
Mudah mendapat pekerjaan.
Mudah mendapat pasangan untuk berkahwin dan pinangan akan diterima.
Menunduk hati manusia.
Mudah mendapat kembali barang yang hilang dengan izin Allah.
Dapat kemenangan ke atas musuh dan ahli bid’ah serta terselamat
daripada setiap keburukan mereka.
Mudah naik pangkat.
Dengan menyimpan kitab ini di sisi seseorang samada semasa di rumah
atau
bermusafir akan menjadi sebab keselamatan daripada setiap keburukan
dan bencana.
Mana-mana rumah yang ada kitab ini, insya Allah dengan berkat selawat
dan nama-nama nabi, rumah itu akan selamat daripada musibah yang besar,
kecurian, dirompak, kebakaran dll.
Jika pelajar yang membacanya maka akan mendapat keberkatan dalam
ilmu
dan berjaya dalam peperiksaan.
Jika dibaca dengan niat untuk umrah dan haji maka Allah akan mudahkan
umrah dan haji tersebut.
Lebih ada harapan untuk bertemu Rasulallah dalam mimpi.
SELAWAT BARAKAT MAKKIYYAH
Wahai tuhan kami, sesungguhnya hanya engkaulah penerima doa2 dan zat yang
mengangkat darjat-darjat dan yang mengampunkan kesalahan2 dan yang
mencukupkan dalam menghadapi perkara2 yang susah, yang menunaikan hajat2
dan yang menyingkap bencana2, yang menolak bala2, yang melapangkan
kesengseraan, yang mengangkat hijab kegelapan, yang membuka pintu2 ilmu Al-
Quran yang berkekalan serta menganugerahkan keimanan dan hikmah2 yang
tinggi serta nikmat2 yang lengkap. Wahai Tuhan kami, terimalah doa kami dan
jangan engkau palingkan hati2 kami setelah engkau memberi petunjuk kepada
kami kerana sesungguhnya hanya engkau yang mendengar doa2 kami dan cepat
menerima seruan hamba2 mu.
Ya Halim, ya ‘Alim, ya ‘Aliyyu, ya ‘Azim..engkaulah tempat meminta pertolongan
dan tidak ada daya upaya kami untuk melakukan kebaikan dan tiada kekuatan
untuk meninggalkan keburukan kecuali dengan bantuan mu. Ya Hayyu, ya Qayyum
kami meminta bantuan dengan rahmatmu. Wahai Tuhan kami, sampaikan lah
selawat dan salam kepada sebaik2 mahlukmu, yakni Nabi Muhammad saw dan
juga keluarganya serta sahabat2nya.
Dengan keberkatan majlis kita ini, semoga Allah swt. terima tujuan majlis ini,
semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita semua, semoga Allah berkati
rumahtangga kita, dan semoga Allah memudahkan segala urusan masalah
kehidupan kita, dijauhi dari segala bala bencana kesusahan dalam kehidupan kita,
mungkin ada ahli keluarga kita yang ada masalah, dengan anak2, dengan
perkahwinan mereka, semoga Allah selesaikan masalah2 itu dan menjadikan
mereka anak2 yang soleh.