0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
223 tayangan23 halaman

Jenis Herba

Tiga tumbuhan yang dibincangkan dalam dokumen ini ialah cempaka telur, bunga cina dan dukung anak. Cempaka telur mempunyai bunga berbentuk telur yang harum dan boleh digunakan untuk mengubati masalah kesihatan seperti batuk dan insomia. Bunga cina yang berbau wangi digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit seperti kencing manis dan demam. Manakala dukung anak atau

Diunggah oleh

Salmah Isa
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
223 tayangan23 halaman

Jenis Herba

Tiga tumbuhan yang dibincangkan dalam dokumen ini ialah cempaka telur, bunga cina dan dukung anak. Cempaka telur mempunyai bunga berbentuk telur yang harum dan boleh digunakan untuk mengubati masalah kesihatan seperti batuk dan insomia. Bunga cina yang berbau wangi digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit seperti kencing manis dan demam. Manakala dukung anak atau

Diunggah oleh

Salmah Isa
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Balik Adap

Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall


Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Balik adap
Lokasi dijumpai: Disemak-semak dan belukar

Keterangan
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di
kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun
yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang
berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya
biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.

Kegunaan
Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara
meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti
yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina.
Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala
pesakit untuk menurunkan suhu badannya.






Bangun-bangun
Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam

Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati
hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa
dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk
sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi
ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan
batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur
yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah
kepada cahaya matahari.

Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan
cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,
mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya
sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas
dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.
Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan
bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi
penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit
melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah
menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.


Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan

Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat
melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai
rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.

Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah
sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam
badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula
boleh menolong untuk mengatasi masalah
kecacingan dan menambah air susu ibu.






Cempaka telur
Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili: Magnoliaceae
Nama Biasa: Cempaka telur
Nama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok,
magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan

Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh
membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya
berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang
amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh
mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika
ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya
tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu
terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi
memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan
berbunga.

Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan,
batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatic.




Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili:Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili
Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar
kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya
yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum.
Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar
[Link] ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan
ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai
untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti
dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari
paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak
melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih
ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam
polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan
pertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan
sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan,
demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga
cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum
sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan
secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan
seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas
7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu
diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya
direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu
gelas sahaja.
Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Famili: Zingiberaeceae
Nama Biasa: Cekur
Nama lain: Kencur
Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan

Keterangan
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk
tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun
runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai
sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna
putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya
berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang
Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand,
Vietnam dan India.

Kegunaan
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis
dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati
batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat
sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk
wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan
pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat
keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang
dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India,
wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada
serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat
sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan
turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah
kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat
bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.




Cempaka telur
Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili:Magnoliaceae
Nama Biasa:Cempaka telur
Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia
coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan

Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh
membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya
berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang
amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh
mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika
ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya
tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu
terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi
memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan
berbunga.

Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan,
batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik.




Dukung Anak
Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri
Famili:Eurphorbiaceae
Nama Biasa:Dukung Anak
Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla,
kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in
termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang
tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di
kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari
jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan
tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah
herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia
mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai
bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis
bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil,
berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji
yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di
kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga
terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di
kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana
selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar
dikawal.

Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai
perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,
bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma.
Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah
(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis
buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah
penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya
pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur
dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies).
Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga
boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh
digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak
menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini
dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini
dalam bentuk tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam
tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang
tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk
mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada
37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat
dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah
kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari
selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari
pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan
herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan
sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan
pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu
mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia
masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar
kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan
mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut
masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk
merawat hepatitis B.







Gandarusa
Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu
dan(cina),gendarussa(english)
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan

Keterangan
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada
ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh
mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura
5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis
gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya.
Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok
berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang
hijau.

Kegunaan
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang
patah, rheumatik dan bisul. cara penggunaannya ,untuk tulang
patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan
dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan
syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk
rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih
dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada
api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga
boleh digunakan untuk menurunkan panas badan,
menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh
minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak
boleh digunakan oleh wanita hamil.

Hati-hati
Nama Saintifik:Coleus Blumei
Famili:Labiatae
Nama Biasa:Hati-hati
Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan

Keterangan
Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu
dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini
banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Kegunaan
Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya
untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk
beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis
airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun
hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi
direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan
rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil
beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit
kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur
dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum [Link] ini
boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal
secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.





Hempedu Bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Hempedu bumi
Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha
tita
Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Keterangan
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita.
Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan
paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi
merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh
menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu
bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang.
Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di
hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan
darah tinggi di samping merawat kencing manis. Cara
menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk
mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh
merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan
letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini
membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada
disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan
tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit
telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.
Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit,
kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan
herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu
menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih
gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis
dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit
tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa
itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai
rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah
Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang
memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang
dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun
kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di
kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini
kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan
ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan
serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai
daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan
serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit
darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita
perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih
dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas
dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu,
minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi
mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat,
sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap
sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.






Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan

Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang
mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam
keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan
mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan
tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua
iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar
matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah
membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini
juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga
boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah
dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air
mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika
Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat
tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum
tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus
besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara
menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai
daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua
daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga
dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya
diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh
selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan
segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang
terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang
giatdijalankan.


Kacang Telang
Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar

Keterangan
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae
juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga
dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk
mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur
dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan
humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia
memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.
Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji.
Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis
ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna
ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji
benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam
tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari.
Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan
airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong
rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Kegunaan
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat
dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat
menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak
dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran
batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan
bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun
atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan
digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam
air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer
mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.
Kacip Fatimah
Nama Saintifik:Labisia Pumila
Famili:Myrsinaceae
Nama Biasa:Kacip Fatimah
Lokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochina

Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae
adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia
biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih
kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara:
melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat
tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang
mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis
variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L.
pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
Kegunaan
Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat
mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan
kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat
membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah
juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat
melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat
mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat
pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik
selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah
dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk
air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan
untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus
akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat
cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini
mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan
adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang
dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan
akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya
boleh dicadangkan.
Kaduk
Nama Saintifik:Piper sarmentosum roxb
Famili:Piperaceae
Nama Biasa:Kaduk
Nama lain:Sirih duduk
Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab

Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai
perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya
masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika
direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam
dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap
dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis,
berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala
bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia
adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan
beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di
kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala
penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan
kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria
dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga
berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit
pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang
ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara
menambal pada bahagian panau itu.



Kari
Nama Saintifik:Murraya Koenigii
Famili:Rutaceae
Nama Biasa:Kari
Nama lain:Karipulei, curry leaves
Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah
Keterangan
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9
hingga 6 meter. Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai
rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari
mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini
mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya
digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam,
chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka
tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak
walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan
mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil
berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui
biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain
ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai
tumbuhan hiasan. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3%
kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber,
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan
vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang
dipanggil koenigiin.
Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan
meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan
perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah
penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk
mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus
limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening
terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan
mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar
kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat
digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya
setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang
disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga
dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga
kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes
boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara
menampalnya pada bahagian yang sakit itu.



Kenerak
Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus
Famili:Annonaceae
Nama Biasa:Kenerak
Nama lain:Selukai, selukai putih
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Keterangan
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan
dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna
kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning.
Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan
7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kegunaan
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk
merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak
kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti
merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya).
Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari
kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser
(kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD
dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak
dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah
memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang
berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.



Kermak Putih
Nama Saintifik:Alternanthera sessilis
Famili:Amaranthacea
Nama Biasa:Kermak putih
Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod
Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput
Keterangan
Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama
rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya
juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan lembab dan agak berair hingga ada
yang menganggapnya tumbuhan akuatik.
Kegunaan
Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan
pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit
kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh
dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak dapat
mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.



Senduduk
Nama Saintifik:Melastoma malabathricum
Famili:Melastomataceae
Nama Biasa:Senduduk
Nama lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Lokasi dijumpai:Semak dan belukar
Keterangan
Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu
tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai
ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh
bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu
ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna
kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai
berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna
putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia
ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai
sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia
boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk
mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam
bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah
atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari
buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.
Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau
dan mulberi [Link] menjadi makanan kegemaran burung.
Kegunaan
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan
untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.
Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau
purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi
selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang
tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini
ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman
selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu
betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk
merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur
kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang
terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan
untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara
meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh
menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.



Teja
Nama Saintifik:Cinnamomum culilawan Bl
Famili:Lauraceae
Nama Biasa:Teja
Nama lain:Kayu tija(indonesia),culilawan
Lokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakan
Keterangan
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung
kampung. Semasa kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja
bersama daun, medang turus sebagai air mandian untuk menghilangkan
lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama
dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga
hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya
mempunyai aroma yang kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah
minyak volatile.
Kegunaan
Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang
digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya.
Antara khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan
mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya
bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu
yang baru melahirkan.



Tutup Bumi
Nama Saintifik:Elephantopus Scaber
Famili:Compositae
Nama Biasa:Tutup Bumi
Nama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak
gajah, ku di dan (china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh
Mai Rue(Thailand) Lom
Lokasi dijumpai: Padang-padang rumput
Keterangan
Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput.
Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari
aras laut.
Kegunaan
Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim ,
hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia
juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan
selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan. Bahagian yang
digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan
dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang
masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5
hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus
dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang
telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus
bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.
Posted by herba-herba di malaysia at 3:35 AM
4 COMMENTS:
1.
herba & tumbuhanSeptember 4, 2012 at 4:34 PM
Assalamalaikum.

mintak izin menggunakan beberapa petikan dari blog saudara.
Reply
2.
herba & tumbuhanSeptember 4, 2012 at 4:37 PM
dapat sekiranya saudara sertakan gambar tumbuhan yang saudara ketengahkan. Harap maaf
Reply
3.
ninie razaliMay 3, 2013 at 9:53 PM
assalamualaikum....minta izin gunakan info herba ni...untuk ditampal di sekolah yer...tq...
Reply
4.
Farhan AlidrusApril 5, 2014 at 7:12 AM
salam.,tambahkn lagi tmbuhan herba malaysia..saya amat meminati herba dan khasiat2 nya
Reply
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post C

Anda mungkin juga menyukai