Papers by Joehairi99 Mohd

Pengenalan Dalam artikel ini ia membincangkan berkenaan dengan penjenamaan Radio Televisyen Malay... more Pengenalan Dalam artikel ini ia membincangkan berkenaan dengan penjenamaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru dalam siaran dan program RTM supaya releven dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini. Penyelidik menyatakan adalah penting meningkatkan kefahaman audiens terhadap polisi dan dasar kerajaan disamping memberikan hiburan-hiburan yang sesuai kepaada masyarakat. Hal ini adalah untuk memenuhi citarasa audiens yang sentiasa berubah-ubah disamping bertanggungjawab sebagai jabatan kerajaan dalam sebuah organisasi penyiaran. Penyelidik berpendapat Penjenamaan semula RTM dilaksana adalah untuk meningkatkan imej dan reputasi RTM dalam usaha menarik hati dan minda masyarakat supaya terus memilih RTM sebagai media yang berwibawa serta mendapatkan maklumat yang sahih dan juga rancangan yang menarik dan menghiburkan. Penjenamaan semula RTM adalah untuk mencapai kesemua matlamat RTM antaranya adalah: a. menerangkan dan memberi liputan secara meluas dan mendalam mengenai dasar dan rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dasar dan rancangan kerajaan dengan tepat dan sepenuhnya segala dasar dan rancangan kerajaan; b. menggalakkan perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan sikap yang positif sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan; c. membantu mewujudkan perpaduan kebangsaan melalui Bahasa Malaysia di kalangan masyarakat berbilang kaum d. membantu melahirkan kesedaran sivik dan menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia dan e. mengadakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengetahuan am, penerangan dan hiburan (Jabatan Penyiaran, 1997).
Uploads
Papers by Joehairi99 Mohd